Pengendali skuad kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann memberikan sebab mengapa beliau tersenyum ketika aksi peringkat kumpulan E temasya Piala Asia 2023 menentang Malaysia baru-baru ini.

Malaysia berjaya mengikat Korea dengan keputusan 3-3 dimana Romel Morales menjaringkan gol ketiga sekaligus memastikan skuad Harimau Malaya pulang dengan satu mata dari temasya kali ini.

Baca Juga:

Tindakan Klinsmann yang tersenyum selepas Romel menjaringkan gol nyata mendapat kritikan hebat dari peminat bola sepak Korea dimana mereka menganggal tindakan itu adalah sesuatu yang cukup memalukan dan mahu Klinsmann dipecat dengan segera.

“Saya adalah salah seorang daripada mereka yang menyokong Paulo Bento pada masa awalnya bersama Korea Selatan ketika pasukan itu bergelut kerana saya melihat apa yang dia mahu capai bersama pasukan.

“Bagaimanapun, saya tidak nampak apa-apa dengan Klinsmann, pecat dia” – kata penulis Liga Korea, Daegu Freak.

“Sungguh memalukan bahawa lelaki ini jawapan kepada salah satu skuad terbaik yang pernah kami miliki selama bertahun-tahun. Tidak ada gunanya, persatuan bodoh ini hanya mementingkan wang. Tiada taktikal, lebih banyak senyuman setiap 90 minit daripada gol” tulis salah seorang peminat.

Pengurus dari Jerman itu kemudiannya berkongsi sebab utama mengapa beliau tersenyum ketika Malaysia menjaringkan gol ketiga dalam perlawanan tersebut.

“Saya bukan tersenyum kerana kami berjaya mengelak daripada bertemu Jepun di pusingan 16 pasukan terbaik. Sebaliknya, saya senyum kerana tak percaya dengan apa ditonjolkan oleh para pemain.

“Saya tak sangka yang para pemain akan biarkan perlawanan berakhir dengan seri selepas mendominasi sebahagian besar pertarungan,” kata Jürgen Klinsmann.

Meskipun berjaya mengelak berjumpa Jepun di perlawanan peringkat 16 pasukan terakhir, Korea Selatan masih berdepan tugas sukar apabila akan bertemu Arab Saudi yang dikendalikan oleh Roberto Mancini pada Rabu.