Kejayaan Malaysia mengikat gergasi Asia, Korea Selatan 3-3 pada aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia 2023 telah mengejutkan peminat bola sepak dari seluruh dunia.

Malah, reputasi besar Korea Selatan yang dibarisi oleh pemain bertaraf dunia langsung tidak mengerunkan anak buah Kim Pan Gon untuk bangkit menjaringkan 3 gol di separuh masa kedua.

Baca Juga:

Namun begitu, keputusan seri itu mengundang kemarahan penyokong Korea Selatan di media sosial.

Mereka menyifatkan ia adalah sesuatu yang cukup memalukan dan mahu pengendali pasukan, Jurgen Klinsmann dipecat dengan segera.

“Saya adalah salah seorang daripada mereka yang menyokong Paulo Bento pada masa awalnya bersama Korea Selatan ketika pasukan itu bergelut kerana saya melihat apa yang dia mahu capai bersama pasukan.

“Bagaimanapun, saya tidak nampak apa-apa dengan Klinsmann, pecat dia” – kata penulis Liga Korea, Daegu Freak.

“Klinsmann telah musnahkan generasi emas ini dan dia langsung tidak peduli,” – kata wartawan Korea Selatan, Jason Lee.

“Bawa Jurgen Klinsmann keluar dari sana. Mengekalkannya hanyalah membawa Korea kepada kegagalan pada tahun 2026,” tulis Mark Kim.

“Sungguh memalukan bahawa lelaki ini jawapan kepada salah satu skuad terbaik yang pernah kami miliki selama bertahun-tahun. Tidak ada gunanya, persatuan bodoh ini hanya mementingkan wang.

“Tiada taktikal, lebih banyak senyuman setiap 90 minit daripada gol” tulis Cho.

“Kalah,kalah, kemas beg anda dan balik ke Korea, Klinsman balik ke rumah, jangan datang ke Korea lagi,” tulis seorang salah seorang penyokong dalam bahasa Korea.

Kejayaan Malaysia mengikat pasukan Piala Dunia itu menyaksikan Harimau Malaya meraih mata pertama selepas tumbang di tangan Jordan dan Bahrain sebelum ini.

Korea Selatan bakal bertemu juara kumpulan F di pusingan 16 sama ada Arab Saudi atau Thailand.