Bekas kapten Korea Selatan, Koo Ja Cheol mengakui Malaysia antara pasukan yang menarik perhatiannya selepas kembali bersaing di Piala Asia 2023 yang bakal bermula minggu depan.

Setelah lama tidak bersaing di Piala Asia, penampilan semula pasukan seperti Malaysia bakal menjadi tumpuan terutama dengan Harimau Malaya mempunyai penyokong yang hebat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya teruja melihat pasukan seperti Malaysia dan Hong Kong kini sudah kembali kerana mereka cukup terkenal dengan sokongan peminat yang bersemangat,” katanya.

Malaysia yang berada di ranking 130 dunia akan menentang Jordan pada 15 Januari, kemudian bertemu Bahrain pada 20 Januari. Perlawanan akhir peringkat kumpulan menentang Korea Selatan pada 25 Januari paling dinanti-nantikan oleh peminat.

“Saya fikir tindakan memperbesarkan pertandingan Piala Asia kepada 24 pasukan menjadikan kejohanan itu sangat menarik. Ia memberi peluang untuk melihat persaingan antara pelbagai negara di seluruh Asia.

“Jujurnya, semua kumpulan nampak menarik dan sudah tentu saya akan melihat kepada kumpulan E yang dihuni oleh Korea Selatan,” katanya dalam satu temubual bersama AFC.com

Koo Ja Cheol beraksi bersama Korea Selatan ketika menentang Syria di Stadium Paroi. FOTO: NSTP file pic

Ja Cheol yang merupakan penjaring terbanyak Piala Asia 2011 berharap Korea Selatan akan jadi juara di Qatar kerana sudah lama tidak memenangi kejohanan besar. Kali terakhir skuad Taegeuk Warriors menjuarai Piala Asia ialah pada tahun 1960.

Bekas pemain FC Augsburg itu yakin pasukan bimbingan Jurgen Klinsmann kali ini akan menjuarai Piala Asia kerana memiliki barisan pemain yang lebih berkualiti dan membawa pengalaman eropah.

“Kita ada kapten yang luar biasa (Son Heung-min) dan saya mahu lihat dia angkat trofi Piala Asia. Dia cukup legenda di Korea Selatan dan akan bawa kegembiraan kepada penyokong.

“Kim Min Jae juga beraksi bagus bersama Bayern Munich. Saya juga seronok dengan kehadiran Lee Jae Sun (Mainz) dan Lee Kang In (PSG). Oleh itu, anda boleh lihat sendiri ada ramai pemain berkelas dunia dalam pasukan ini,” jelasnya.