Penyanyi dan komposer, Ajai tampil bersuara tentang isu hak cipta yang diperkatakan oleh Man Senoi berkaitan dengan lagu 4U2C.
Sebelum ini Man Senoi dan isterinya, Mama Rap, mendakwa, kesemua 25 lagu 4U2C adalah milik mereka sepenuhnya. Ini selepas mahkamah memberikan hak cipta kepada Zman Production yang menjadi penerbit dan pencipta album dan lagu 4U2C.
Man Senoi pemilik hak kesemua lagu 4U2C
Oleh sebab itu Man Senoi mempersoalkan, di mana relevannya 4U2C mengadakan konsert tanpa lagu ciptaan mereka terutama sekali lagu lagu hits mereka.
Man Senoi Persoal 4U2C Nak Nyanyi Lagu Apa Semasa Konsert: ’25 Lagu Mereka Hak Kami’
Jika 4U2C mahu membawa lagu tersebut, haruslah mendapatkan kebenaran mereka. Namun Man Senoi menyatakan bahawa 4U2C langsung tidak memaklumkan mereka.
“Konsert boleh buat, tapi ikutlah saluran betul. Ini soal hak cipta, bukan emosi,” tegas Man Senoi kepada Harian Metro.
Zman Productions pemilik hak cipta lagu lagu popular 4U2C termasuk Fiona, Kau Tetap Di Hati, dan Pergilah Sayang – yang sudah didaftarkan mereka menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Ini selepas Zman Production menang tuntutan mahkamah pada 1998.
Ajai minta 4U2C hormati undang undang
Ajai kemudian tampil bersuara. Dan meminta semua pihak menghormati hak cipta dan harta intelek.
Menurut Ajai, semua pihak harus faham bahawa seseorang yang menjadi pemilik sesebuah lagu itu berhak untuk menghalang atau membenarkan lagu mereka daripada dinyanyikan penyanyi.
“Kalau nak buat konsert, ikut prosedur. Royalti dan hak cipta kena jelas. Lagu itu tetap milik syarikat, walau siapa pun yang nyanyi dulu,” kata Ajai – menurut mStar.
Ajai senada dengan Man Senoi, bahawa setiap pihak harus mengikut garis panduan yang betul, termasuk artis lama.
“Man Senoi dan isterinya bercakap soal bahan rakaman, dan mereka berhak ke atas lagu lagu 4U2C, yang menjadi milik syarikat mereka.
“Berdasarkan apa yang saya baca dan dengar, mengikut garis undang undang, memang tak boleh [4U2C bawa tanpa kebenaran], kerana lagu itu milik Man Senoi.”

Oleh itu Ajai dan Along senada mencadangkan semua pihak duduk semeja untuk membincangkan perkara tersebut.
Along harap semua pihak bincang elok elok
Along yakin, semua pihak akan terbuka untuk berunding memandangkan konsert itu akan memberikan keuntungan kepada semua pihak.
“4U2C juga boleh bertanya isu berkaitan dengan royalti lagu lagu mereka selama ini, dan Man Senoi kena jawab perkara itu.
“Tapi katakan selesai konsert, Man Senoi boleh minta royalti dan lagu lagu dia pun akan kanik balik. Dan pandangan saya, tak salah pun 4U2C nak buat konsert,” tegas Along.
Ajai turut mengingatkan semua pemain industri hiburan tempatan agar tidak memandang ringan isu hak cipta.
“Jangan main langgar, sebab itu isu melibatkan hak cipta,” tegas Ajai lagi.