Komposer dan penerbit Man Senoi dan isterinya, Mama Rap mempersoalkan tindakan 4U2C yang bakal menganjurkan konsert 4U2C, WE 4U2C Live in Concert.

Menurut pasangan tersebut, mereka berdua tidak dihubungi oleh mana mana pihak daripada 4U2C berkenaan perkara tersebut.

Man Senoi dan isterinya menegaskan bahawa mereka berdua harus dimaklumkan terlebih dahulu perancangan membuat konsert tersebut. Hal ini kerana kedua dua mereka memiliki hak sepenuhnya terhadap hak cipta lagu-lagu 4U2C.

Bercakap kepada Harian Metro, Man Senoi berkata: “Mereka tandatangan sebagai artis di bawah syarikat kami, Zman Production. Kami yang kumpulkan mereka dan buat sesi uji bakat. Sebelum itu mereka menyanyikan lagu rock.

“Apabila dah cukup semua tujuh anggota, kami mula mencari syarikat rakaman tapi tak diterima dan tanya boleh jual ke konsep rap.

https:/twitter.com/hmetromy/status/1938157227753308450

“Hidup kami sangat ‘struggle’. Jual rantai emas untuk buatkan baju mereka, nak bayar kos latihan mereka. Kami buat publisiti awal di akhbar dan peminat dah mula menggilai 4U2C.”

Man Senoi kemudian memberitahu, album sulung 4U2C mendapat tempahan awal sebanyak 50,000 unit yang menaikkan semula semangat semua pihak terlibat.

Man Senoi turut mendakwa bahawa nama 4U2C sendiri adalah idea bersama mereka, yang bernaung di bawah syarikat mereka sepenuhnya. Sementara BMG adalah pihak ketiga yang juga pengedar.

Namun begitu berlaku konflik antara 4U2C dengan Man Senoi dan Mama Rap. Kes tersebut sehingga ke mahkamah. Man Senoi dan isteri menang tuntutan hak cipta ke atas lagu tersebut.

4u2c

Man Senoi akui terkilan kerana 4U2C masih membawa lagu lagu yang mereka cipta, sehingga pernah terfikir mahu menyaman kumpulan tersebut.

“Tapi apabila mengenangkan anggota lain, maka kami lepaskan. Tapi sekarang dah tak boleh lagi berkompromi,” katanya lagi.

Oleh kerana Man Senoi mencipta sebahagian besar daripada lagu 4U2C, dia mempersoalkan, bagaimana kumpulan itu boleh mengadakan konsert tanpa lagu yang mereka cipta?

Memandangkan kesemua 25 lagu 4U2C adalah ciptaan Man Senoi dan isterinya, di bawah label Zman Production.

Oleh sebab itu, Man Senoi memberikan amaran agar 4U2C tidak mengambil mudah isu hak cipta. Kerana undang undang berkaitan hak cipta di Malaysia pada hari ini sudah sangat tegas.

Man Senoi menegaskan bahawa, dia dan isteri masih terbuka untuk memberikan kebenaran kepada 4U2C membawakan lagu lagu ciptaan mereka. Namun haruslah dengan cara yang betul.

Zman Production kesal 4U2C tidak ikut saluran betul

Man Senoi mendedahkan bahawa Zman Production banyak berhabis duit dalam menghasilkan sesebuah lagu. Di mana kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh Zman Production. Sedangkan 4U2C dan BMG langsung tidak mengeluarkan sebarang wang untuk lagu lagu tersebut.

Man Senoi berkata: “Bukannya kita melarang kamu pakai [lagu kita], tetapi kita tak nak kamu memperkotak-katikkan hak cipta. Saya pernah berada dalam tribunal hak cipta dan tahu benda ini.”

Man Senoi memberikan amaran kepada 4U2C agar tidak bermain dengan api. Kerana kesannya akan menyebabkan banyak pihak terkesan.

Dia menasihtai 4U2C perlu mengikuti saluran betul untuk menganjurkan konsert. Ini termasuk mengambil permit, kemudian mendapatkan kebenaran daripada MACP dan syarikat rakaman untuk membawakan lagu lagu yang ada hak cipta.

Jika tidak, 4U2C akan berdepan risiko disaman dengan kos yang sangat tinggi kata Man Senoi.

Akhir sekali, Man Senoi dan isteri mengambil pendekatan terbuka. Sedia berunding dengan 4U2C berkaitan perkara tersebut. Dan rundingan itu haruslah secara formal dan melalui peguam.

Man Senoi yakin 4U2C bukannya budak budak lagi, anggita mereka rata rata sudah lebih 50 tahun dan semua sudah tahu tentang yang betul dan salah. Cuma dia berharap 4U2C buat ikut saluran yang betul.