Kumpulan 4U2C menerusi ketua kumpulannya, AC Mizal tampil memberikan penjelasan tentang isu berbangkit sebelum konsert kumpulan tersebut, berkaitan dengan isu hak cipta dan harta intelek lagu lagu 4U2C.

Sebelum ini 4U2C umum konsert gempak “WE 4U2C Live in Concert” – di mana AC Mizal dan rakan rakannya mahu peminat merasai throwback zaman 90-an. Tiket dah mula dijual.

Man Senoi persoalkan konsert 4U2C

Namun isu yang mulai membelenggu apabila pemilik hak lagu lagu 4U2C iaitu Man Senoi dan isterinya, Mama Rap tiba tiba membuat kenyataan media menegaskan bahawa mereka langsung tidak dihubungi oleh 4U2C.

Man Senoi Persoal 4U2C Nak Nyanyi Lagu Apa Semasa Konsert: ’25 Lagu Mereka Hak Kami’

AC Mizal sebelum ini tampil mempertahankan kumpulannya dan menyatakan bahawa mereka telah mengikuti saluran yang betul.

AC Mizal sahkan 4U2C mengikut saluran betul

Dan sebentar tadi dalam satu sesi sidang media khas, 4U2C menerusi peguam yang mewakili mereka dan penganjur konsert turut mengesahkan bahawa pihak mereka sudah mengikut garis panduan yang betul.

4U2C
Foto: BERNAMA

AC Mizal turut mengesahkan bahawa mereka sudah mendapat lampu hijau daripada MACP. Dan mengingatkan orang ramai bahawa mereka bukannya budak budak dalam industri muzik.

AC berkata: “Kita bukan budak baru nak main-main dengan undang-undang muzik.”

Man Senoi makan ‘sorang-sorang’ royalti lagu

AC Mizal menunjukkan bukti bahawa lagu lagu 4U2C berada dalam platform digital. Dia mempersoalkan di mana royalti bagi pihak penyanyi?

“Saya ada bukti lagu lagu kami dimasukkan dalam platform digital. Sesebuah lagu yang dimasukkan dalam platform digital harus mendapat kebenaran daripada penyanyinya juga.

“Saya nak tujukan kepada Man Senoi, royalti lagu lagu itu, kongsilah dengan 4U2C. Jika tidak mahu tak mengapa, keluarkan vokal kami daripada lagu itu, biar ia jadi sekadar instrumental dalam semua platform digital.

ac mizal

Ajai depan cakap lain belakang cakap lain

Berkenaan dengan kenyataan Ajai, kawan baik saya. Saya agak kecewa kerana menurutnya 4U2C tak boleh buat konsert, sedangkan pada hari Ahad lalu, 6 petang dia telefon saya. Menyatakan dia ada buat kenyataan berkaitan konsert 4U2C.

“Ajai juga yang mencadangkan agar kami saman sahaja Man Senoi. Saya tak setuju dengan cadangan itu. Sebab fokus kita adalah persembahan pada konsert.

“Namun ketika saya melihat kenyataannya, dia pula yang menyatakan 4U2C tidak boleh mengadakan konsert. Ayuhlah Ajai, kamu nak tutup periuk nasi budak budak saya, sedangkan saya tak pernah kacau Exists atau Ajai.

AC Mizal kemudian menegaskan rupa rupanya, Ajai yang sudah lama berada dalam industri muzik, dan banyak mengeluarkan komen selama ini, seebenarnya tidak tahu tentang undang undang berkaitan muzik di Malaysia.

‘4U2C Perlu Minta Izin Man Senoi,’ Ajai Mahu Semua Pihak Hormati Hak Cipta

“Jadi bagaimana kamu boleh komen tentang muzik dan persembahan kami?” soal AC Mizal lagi.

Seterusnya AC Mizal menjelaskan, mereka bukan berada di sidang media itu untuk bergaduh dengan sesiapa, hanya sekadar menjelaskan keadaan sebenar: “Bahawa sebenarnya kami tidak bersalah dan melakukan perkara yang betul,” tambahnya.

AC Mizal: Ini balasan yang saya terima?

AC Mizal akui terkilan sebab isu seperti ini timbul ketika mereka sedang berusaha menaikkan balik nama 4U2C dan terasa seperti disabotaj.

AC Mizal hairan kenapa ramai pihak agresif nak hentam dan tutup periuk nasi 4U2C sedangkan mereka hanya mahu menghibur dan membuat persembahan.

“Saya sudah 35 tahun di dalam industri, jika inilah respon yang anda berikan kepada saya setelah saya menghiburkan orang selama ini, inikah respon yang saya terima?” tegas Datuk AC Mizal sambil menangis.

“Kasihanlah budak budak saya, mereka seperti keluarga. Anda perlakukan mereka seperti ini. Ajai, Man Senoi, kenapa?

“Man Senoi dan Mama Rap, kamu mahu membongkar perkara lamakah? Kenapa 4U2C berpecah, kamu semua mahu tahu? Nak kami beritahu orang ramai.”

AC Mizal meminta maaf kepada rakan sekumpulannya, kerana tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku: “Maaf, jika saya tahu, biarlah saya seorang sahaja tanggung, sebab saya memang dah terbiasa dengan perkara seperti ini.

“Niat saya nak kongsi kegembiraan dengan kamu semua, dan begini pula jadinya.

4U2C Ikut Saluran Betul, AC Mizal Menangis Kecewa Dengan Ajai Dan Man Senoi

“Malu anak anak kita, sedangkan mereka sepatutnya bergembira melihat kita semua berlatih. Mereka semua dah merancang nak tengok ayah ayah mereka membuat persembahan.

Sumber