Pihak 4U2C menafikan Man Senoi dan Mama Rap menjadi pemilik sepenuhnya kesemua 25 lagu 4U2C.

Menurut anggota 4U2C, Azam, hanya 9 buah lagu sahaja milik Man Senoi dan Mama Rap. Dan selebihnya bukan milik Zman Production – syarikat milik Man Senoi.

Man Senoi bukan pemilik kesemua lagu 4U2C

Jadi, dakwaan Man Senoi bahawa dia pemilik sepenuhnya kesemua lagu 4U2C adalah tidak tepat menurut 4U2C.

Azam 4U2C berkata: “Terdapat 25 lagu yang diterbitkan dalam album pertama, kedua dan mini album atau 3 album sahaja – 2 album penuh dan 1 album mini.

“Daripada kesemua lagu ini, hanya sembilan sahaja lagu milik  Man Senoi. Tiga daripada album pertama, tiga daripada album kedua dan tiga lagi daripada album mini.

“Dan selebihnya adalah lagu  daripada kami 4U2C serta komposer yang lain,” tegas Azam.

Azam 9 sahaja lagu man senoi

Kenyataan itu menafikan dakwaan dibuat Man Senoi bahawa dia menjadi pemilik eksklusif kesemua lagu 4U2C selepas memenangi kes tuntutan hak cipta di mahkamah satu masa dahulu.

Sementara itu, AC Mizal akui kecewa dengan Man Senoi. Kerana menurutnya, komposer itu juga selama ini telah makan royalti seorang diri tanpa pengetahuan 4U2C.

Ini apabila Man Senoi dikatakan telah memasukkan lagu lagu 4U2C di beberapa platform digital termasuk Spotify.

Menurut AC Mizal, mana mana lagu yang mahu dimasukkan dalam platform digital juga harus dimaklumkan dan mendapat kebenaran penyanyi yang mengalunkan lagu tersebut.

AC Mizal menunjukkan bukti bahawa lagu lagu 4U2C berada dalam platform digital. Dia mempersoalkan di mana royalti bagi pihak penyanyi?

AC Mizal berkata: “Saya ada bukti lagu lagu kami dimasukkan dalam platform digital. Sesebuah lagu yang dimasukkan dalam platform digital harus mendapat kebenaran daripada penyanyinya juga.

ac mizal

“Saya nak tujukan kepada Man Senoi, royalti lagu lagu itu, kongsilah dengan 4U2C. Jika tidak mahu tak mengapa, keluarkan vokal kami daripada lagu itu, biar ia jadi sekadar instrumental dalam semua platform digital.”

Sebelum ini Man Senoi menegaskan bahawa dia sedia berunding  menerusi peguamnya, jika 4U2C mahu menggunakan lagu lagunya. Dia cuma terkilan tidak dimaklumkan tentang konsert tersebut, menurutnya.