Ketua kumpulan 4U2C, AC Mizal menafikan bahawa mereka tidak mengikuti saluran yang betul dalam usaha mereka menganjurkan konsert WE 4U2C yang akan berlangsung pada 15 September depan.

Beberapa hari lalu, Man Senoi dan isterinya, mendakwa bahawa kesemua 25 lagu 4U2C adalah miliknya menerusi syarikat Zman Production.

Ini selepas perbalahan di mahkamah melibatkan pihak Zman Production dan 4U2C pada satu ketika dahulu berkenaan dengan hak cipta lagu kumpulan tersebut.

Man Senoi Persoal 4U2C Nak Nyanyi Lagu Apa Semasa Konsert: ’25 Lagu Mereka Hak Kami’

Man Senoi kecewa kerana menurutnya 4U2C langsung tidak memaklumkan atau meminta kebenaran daripadanya untuk membawakan lagu lagu ciptaan dan miliknya.

Man Senoi mendedahkan bahawa dia memiliki hak sepenuhnya secara eksklusif ke atas lagu lagu 4U2C. Lantas Man Senoi dan Mama Rap mempersoalkan, bagaimana cara 4U2C boleh menganjurkan konsert dan lagu apa yang mereka akan bawa?

AC Mizal telah tampil memberitahu Harian Metro bahawa 4U2C mengikuti saluran betul. AC Mizal tidak berminat mengulas tentang kenyataan Man Senoi dan Mama Rap.

Ac Mizal berkata: “Saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu kerana saya sendiri sudah lama tidak ada sebarang kaitan dengan mereka.

“Fokus saya sekarang hanyalah pada konsert ini sahaja. Segala urusan lain akan dikendalikan oleh pihak yang bertanggungjawab.”

AC Mizal kekal tenang dengan menegaskan bahawa 4U2C akan mempersembahkan 3 lagu baharu mereka dalam konsert itu nanti. Pada masa yang sama, AC Mizal tidak mendedahkan tentang nama individu yang dia dakwa akan menguruskan hal tersebut.

4u2c

Apa yang pasti, AC Mizal menegaskan bahawa pihak pengurusan mereka sedang menguruskan perkara itu dengan baik.

AC Mizal memberikan jaminan bahawa 4U2C memiliki banyak pilihan lagu untuk dipersembahkan termasuk 3 lagu baharu tersebut.

Fokus utama 4U2C pada masa ini adalah latihan sebelum konsert untuk memperkemaskan persembahan mereka.