Caltex Malaysia mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung gangguan RON 95 dan diesel di beberapa stesen minyak di sekitar Malaysia.
Menurut kenyataan rasmi itu lagi, gangguan selama beberapa hari mulai 17 April.
“Kami ingin memaklumkan bahawa beberapa stesen servis Caltex kami di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan akan mengalami gangguan sementara bekalan RON 95 dan Diesel untuk beberapa hari bermula 17 April 2026.
“Hal ini disebabkan oleh kelewatan tidak dijangka di pelabuhan, yang menjejaskan jadual penghantaran kami. Kami sedang mengambil langkah-langkah untuk mempercepatkan penghantaran dan meminimumkan gangguan.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman berterusan anda,” kata Caltex Malaysia.