Setiap orang pasti pernah mengalami pelbagai pengalaman seram, contohnya seperti ternampak makhluk halus, makan di kedai makan tetapi lupa bawa duit, dan pelbagai lagi.

Adakah anda rasa hanya anda yang pernah mengalami pengalaman sebegitu? Kali ini, soalan pilihan kami adalah pengalaman seram yang pernah anda alami. Pasti anda pernah terlihat soalan ini di Facebook page kami, bukan?

Kami telah mendapat pelbagai respon daripada anda untuk soalan ‘pengalaman seram anda’. Kebanyakan jawapan yang diberikan anda adalah lebih kurang sama dan pastinya anda boleh relate dengan jawapan-jawapan ini. Berikut kami kongsikan 5 pengalaman seram yang anda pernah alami:

1. Lihat baki duit dalam bank

duit
Sumber: Google

Rasanya ini adalah perkara paling menyeramkan ketika tengah dan hujung bulan. Mana tidaknya, waktu itu jika anda berjimat semasa awal bulan tidak menjadi masalah, tetapi bayangkan jika berbelanja seperti tiada hari esok memang akan menangis ketika check baki duit dalam bank. Anda boleh bayangkan ketika hendak keluarkan duit waktu akhir bulan dan baki hanya ada RM10 sahaja. Akan tetapi, perkara sebegini boleh dielakkan jika anda bijak mengawal kewangan anda.

2. Terima panggilan rakan lama ingin ‘berjumpa’

phone
Sumber: Google

Adakah anda pernah menerima panggilan rakan lama yang jarang bertegur dengan anda dan mengajak anda berjumpa? Pasti anda sudah dapat meneka apa yang kami cuba katakan. Betul! Ada yang berkongsi bahawa rakan lama yang mengajak berjumpa ingin perkenalkan skim cepat kaya, jual insurans dan banyak lagi. Nampaknya perkara sebegini biasa terjadi, tetapi jangan pula bersikap prejudis kepada kawan-kawan lama yang ingin berjumpa, mana tahu mereka mahu menyambung kembali ikatan yang lama terputus sebelum ini.

3. Bluetick 

blue-tick-aplikasi-whatsapp
Sumber: Google

Siapa di sini hide bluetick di Whatsapp? Isu bluetick ini pun sering menjadi perkara seram kerana jika kita dibluetickkan, pasti kita beranggapan bahawa pihak yang bluetickkan kita marah atau tidak puas hati dengan kita. Betul atau tidak? Pasti anda gundah gulana apabila kena bluetick, lagi-lagi pasangan tersayang yang bluetick.

4. Najis tidak flush di tandas awam

tandas awam

Kebersihan tandas awam adalah penting. Bayangkan, anda ke tandas awam dan lihat najis timbul dalam mangkuk tandas, pasti potong mood anda ingin membuang. Belum lagi lantai basah, tisu dalam mangkut tandas sehingga tersumbat. Perkara sebgini dapat dielakkan jika semua orang sedar akan kepentingan menjaga tandas awam bersama.

5. Hilang badge top fan

Screenshot 2019-08-01 at 11.34.26 AM

Nampaknya badge top fan ini yang baru-baru ini telah diperkenalkan di page-page  Facebook menjadi concern netizen juga. Jika sudah dapat badge top fan tetiba hilang, pasti mereka yang dapat badge top fan akan muram dan sedih.

Jika dilihat daripada jawapan-jawapan yang diberikan netizen, kita dapat lihat kisah seram tapi lucu sebenarnya. Sebenarnya perkara seperti kebersihan tandas awam itu adalah perkara asas yang perlu setiap individu itu ambil peduli, bukannya lepas tangan setelah selesai membuang.

Apa yang boleh kami katakan, mungkin bagi anda ia perkara yang menyeramkan, mungkin bagi orang lain ia adalah sesuatu yang lucu. Malah, perkara-perkara sebegini pasti anda boleh relate dengan kehidupan anda.

Percayalah, jika kita lihat dalam sudut yang positif, segala-galanya akan menjadi positif. Semoga perkongsian ini akan membuatkan hari anda terhibur dan menjadikan anda lebih positif.