Kereta boleh dikira sebagai aset yang sangat berharga pada zaman sekarang. Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan kereta, nak dapat pendapatan lebih dengan kereta pun boleh. Contohnya buat servis kereta sewa, ambil upah hantar barang, jadi pemandu Grabcar atau Uber dan banyak lagi. Jadi, bila sudah ada kereta sendiri mesti kena jaga elok-elok.

Jika sebelum ini kami pernah terbitkan artikel berkenaan 22 tip asas penjagaan kereta, kali ini kami kongsikan pula 5 peralatan tambahan untuk kereta yang wajar dimiliki zaman sekarang. Seiringn dengan kemajuan teknologi hari ini, kesemua peralatan-peralatan ini dicipta untuk bantu memudahkan anda.

Baca: Jangan Berani Miliki Kereta Sendiri Kalau Tidak Tahu 22 Perkara Penting Ini

1. DashCam

1

Zaman sekarang sepatutnya semua kereta memiliki Dashboard Camera (Dashcam). Pada asalnya, ia dicipta berfungsi sebagai bukti untuk kemalangan yang melibatkan kereta. Uniknya, dashcam dilengkapi dengan teknologi continuous loop. Ini bermakna dashcam tidak akan kehabisan memori untuk menyimpan video kerana sistem ini secara automatik akan memadam rakaman paling awal dan akan menyimpan rakaman terkini.

Untuk dashcam terbaik pada harga mampu milik, tidak ragu lagi kami untuk syorkan anda dashcam Xiaomi Mijia. Seperti yang sedia maklum, jenama keluaran China ini antara yang berteknologi tinggi dan setanding jenama antarabangsa yang lain. Kini Lazada sedang membuat potongan harga sebanyak 52% untuk produk dashcam Xiaomi Mijia, inilah waktu sesuai untuk anda memilikinya. Boleh dapatkan di sini.

2. Pengecas Telefon Kereta

2

Penggunaan telefon pintar yang semakin rancak pada hari ini menyebabkan kami letak pengecas telefon kereta sebagai alat tambahan yang wajar dimiliki oleh semua pemilik kereta suapaya anda boleh guna pada waktu-waktu kecemasan. Orang yang jenis sedar diri pun belum tentu boleh sedar kehabisan beteri. Ada banyak jenis pengecas telefon untuk kereta, tapi kami lebih suka yang ini.

Sebabnya, boleh cas 2 telefon sekaligus dalam satu masa dan paling penting terdapat meter bacaan bateri untuk anda pantau keupayaan bateri kereta anda. Senang nak tahu bateri kong ke tidak. Alat cool ini boleh dimiliki pada harga serendah RM20.90 sahaja, dapatkan di sini.

3. Dashboard Pad Holder

3

Menggunakan telefon ketika sedang memandu memang bahaya. Jadi, sediakan tempat khas di dalam kereta untuk telefon anda. Antara penggunaan car holder untuk telefon, jenis pad holder lebih disyorkan. Lebih mudah untuk anda ambil dan simpan telefon. Pad holder anti-slip ini boleh didapati pada harga RM15 seunit, dapatkan di sini.

4. Multi Organizer Pocket

4

Adakah anda jenis yang suka simpan bermacam-macam benda dalam kereta? Jika ya, anda patut miliki poket ini. Multi organizer pocket ini bantu anda simpan barang di dalam kereta dengan lebih tersusun, kereta pun nampak lebih kemas dan bersih. Diperbuat daripada PU Leather, ia lebih senang dibersihkan daripada yang diperbuat daripada kain. Pada harga RM56.80, ia satu tawaran menarik oleh Lazada. Boleh dapatkan di sini.

5. Vakum Kereta

vakum

Yang terakhir, vakum kereta untuk anda pastikan kereta sentiasa bersih. Dengan kuasa 90W sudah memadai untuk sedut habuk dan sisa-sisa sampah kecil di dalam kereta. Berbeza dengan vakum kereta 60W yang lain, vakum jenis ini lebih mudah untuk anda bersihkan habuk yang terperangkap dalam dust collector. Boleh dapatkan vakum ini pada harga RM39.90 di sini.