Pada pertengahan Januari lepas saya telah ke Tokyo, Jepun untuk beberapa hari. Percutian singkat bersama kawan yang 2 tahun tak jumpa ini lebih kepada hanya untuk melihat budaya dan kehidupan masyarakat di kotaraya ini.

Oleh kerana Tokyo bukanlah bandar yang kerap menerima salji di musim sejuk, saya sebenarnya agak kecewa sikit. Rasa tak lengkap jika ke negara sejuk tanpa salji.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Tapi nasib menyebelahi apabila Kamal Zharif yang kini menetap di Tokyo menghubungi saya 2 hari sebelum berlepas dan bertanya itinerari saya.

Apabila saya maklumkan mahu ke Gunung Fuji selama sehari, Kamal mengajak kami menumpang beliau yang memang akan ke sana. Tambahan pula menurut Kamal, ada sedikit kerja yang ingin dilakukan di sekitar gunung tersebut.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya terima saja cadangan tersebut. Tambahan tiket bas ke Gunung Fuji belum lagi dibeli.

Maka pada hari ke 2 di Tokyo, kami menunggu Kamal di subuh hari. Teruja nak tengok Gunung Fuji kononnya. Haha. Dan seawal jam 6 pagi kami mulakan perjalanan ke Gunung Fuji.

Di bawah adalah antara view menarik di sepanjang perjalanan.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Sebaik saja keluar daripada Tokyo, kami disambut dengan pemandangan menarik sewaktu matahari naik.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Dinding lutsinar di sebelah kiri berfungsi menahan angin dan mengurangkan bunyi. Orang Jepun sensitif dengan bunyi.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Sawah padi di musim panas. Sawah salji di musim sejuk. Eh?

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Di Tokyo tiada salji. Bila dah keluar dari Tokyo baru nampak salji memutih. Memang teruja.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Tu dia Gunung Fuji.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Okey, berikut saya kongsikan 5 fakta menarik tentang gunung ini. Sambil tu anda boleh layan sekali gambar yang sempat saya ambil sepanjang sehari kami berlegar di sekitar gunung ini, termasuk di beberapa lokasi tersembunyi yang kami terjah secara tak sengaja kerana mengikut Kamal.

1. Dikelilingi 5 buah tasik

Merupakan gunung tertinggi di Jepun, Gunung Fuji sebenarnya dikelilingi oleh 5 tasik iaitu Tasik Saiko, Tasik Shojiko, Tasik Yamanakako, Tasik Motosuko, serta Tasik Kawaguchiko.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Sunyi dan damai dengan air tasik yang bersih.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Rasa ‘cair’ dengan refleksi dari tasik. Cantiknya.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Salji hingga ke gigi air tasik.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Di salah satu taman yang agak tersembunyi. Tiada orang lain kecuali kami. Sakan main salji. Haha!

2. Terdiri daripada 3 gunung

Gunung Fuji terdiri daripada 3 gunung berapi yang terpisah namun saling berada di atas satu sama lain. Gunung yang terbawah adalah Gunung Komitake, diikuti oleh Gunung Kofuji, dan yang teratas adalah Gunung Fuji yang menjadi gunung termuda daripada ketiga-tiga gunung tersebut.

Meskipun begitu Gunung Fuji yang lebih dikenali ramai kerana posisinya yang paling atas.

3. Dipilih oleh UNESCO sebagai warisan budaya dunia

Gunung ini telah diisytiharkan sebagai Warisan Budaya Dunia oleh UNESCO pada tahun 2013. Kali terakhir Gunung Fuji meletus adalah pada Disember 1707 dan berlanjutan hingga awal tahun 1708.

Gunung Fuji juga hanya boleh didaki pada musim panas iaitu antara bulan Julai dan Ogos.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Rasa Jepun sangat dengan pokok-pokok ni. Haha. Ngek!

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Ada ikan koi yang jinak dalam kolam ni. Hulur tangan je semua berenang nak serbu.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Opps. Abaikan gambar ni. Saya tengah alami kecelaruan minda sebab view cantik sangat.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Antara view best di sini. Terima kasih Kamal bawa kami ke lokasi dengan view awesome macam ni.

4. Bentuk simetri yang sempurna

Bentuk simetri Gunung Fuji sangat sempurna dan indah hingga ia menjadi destinasi wajib jika anda berkunjung ke Tokyo. Gunung Fuji juga menjadi salah satu daripada lambang kemegahan negara ini.

Gunung Fuji juga adalah gunung yang pemalu kerana puncaknya sering ditutup awan.

5. Hutan bunuh diri

Hutan Aokigahara yang menjadi lokasi bunuh diri paling popular di Jepun juga boleh dikunjungi jika anda ke sekitar Gunung Fuji. Hutan ini juga digelar sebagai Sea of Tree kerana pokok-pokok yang beralun seperti ombak di pantai apabila ditiup angin.

Hutan yang kaya dengan ‘magnetic iron’ ini menyebabkan GPS, talian telefon dan internet tidak berfungsi. Malah anda boleh sesat jika berjalan keluar daripada jalan yang disediakan.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Di depan Hutan Aokigahara. Insya Allah nanti saya nak ke sini lagi dan masuk ke dalam hutan. Masa sampai dah nak gelap, tak berani masuk. Di belakang adalah papan tanda berbentuk peringatan agar pengunjung fikirkan orang tersayang dan tidak membunuh diri di sini.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

View Gunung Fuji dari kampung tradisional Iyashi no Sato. Di sini anda boleh layan feeling macam berada di zaman Edo dengan rumah-rumah berbentuk lama. Di sini juga anda boleh sewa kimono untuk bergambar.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Satu lagi view dari kampung Iyashi no Sato. Nampak bumbung rumah tradisional yang dibuat dari rumput tu? Sangat unik.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

Ini view di salah satu taman sewaktu kami menuju ke hutan Aukigahara. Bongkah ais di belakang saya itu sedang dibina sebagai persediaan untuk pesta salji di sini.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

View Gunung Fuji memang sangat jelas dan dekat di taman ni. Masa ni matahari sedang terbenam dan cahayanya memantul ke puncak Gunung Fuji. Rasa beruntung sangat dapat tengok view begini.

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun

My travel mate. Senyum sikit boleh tak!

5 Perkara 'Best' Saya Belajar Tentang Gunung Fuji Sewaktu Ke Tokyo, Jepun
Bila Kamal Zharif lompat bintang!

Sebenarnya banyak lagi lokasi menarik di sekitar Gunung Fuji yang boleh anda lawati. Semuanya ada diceritakan oleh Kamal Zharif di dalam video di bawah.

Dan jika anda juga ingin ke lokasi begini yang tidak tersenarai dalam lokasi tarikan pelancong, boleh hubungi Kamal Zharif di akaun Facebook beliau untuk info lanjut. Kamal menetap di Tokyo dan turut menawarkan pakej tour sama ada dalam kumpulan mahupun secara private.

Layan…

Baca lagi: 3 Jenis Pass Pengangkutan Awam Untuk Anda Berjimat Sewaktu Di Tokyo, Jepun