Pernah dengar tentang kewujudan sebuah negara bernama Reunion? Sememangnya, dengan saiz dan lokasi pulaunya, ia membuat Reunion menjadi sangat terpencil dari peta dunia. Tapi, tiada lagi yang lebih unik dan terpencil bila aku menjejakkan kaki ke salah satu kampung yang terletak di tengah-tengah pulau Reunion.

1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Apa yang perlu kita tahu tentang Marla?

Secara ringkasnya, terdapat 3 jenis ‘Cirque’ di Reunion ini: Salazie, Mafate dan Cilaos. Cirque ini terhasil dari proses Caldera di mana berlakunya runtuhan pada struktur gunung berapi pada suatu masa dahulu. Runtuhan ini berlaku kerana pengaliran lava gunung berapi yang banyak dalam masa yang singkat. Mengikut sejarah pulau Reunion ini, golongan hamba menggunakan peluang ke atas topografi Cirque yang unik ini untuk melarikan diri dari tuan mereka dan bersembunyi di kawasan pergunungan Cirque.

Marla dijadikan penempatan oleh golongan hamba yang melarikan diri dan bersembunyi dari tuan mereka pada kurun ke 19. Marla menjadi tempat persembunyian yang sesuai kerana tiada jalan dibina untuk kereta, motorsikal mahupun basikal.

2. Bagaimana nak ke Marla?

Bagi yang ingin melawati Marla, ia tak semudah yang disangka. Marla bagaikan satu tempat yang akan menguji pengunjungnya terlebih dahulu sebelum diberi “izin” untuk menikmati lokasi yang masih unspoiled oleh modenisasi. Tiada jalan yang menghubungkan antara Marla dengan dunia luar melainkan laluan trekking.

Sebelum nak ke Marla, kita perlu menuju ke pekan Cilaos terlebih dulu. Tapi, untuk ke Cilaos juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Perjalanan dari lapangan terbang Reunion ke Cilaos akan memakan masa selama 3 jam dan ia adalah 3 jam yang paling thrill bagi aku. Jalannya sangat sempit seperti dihimpit di antara pavement jalan dan juga dinding gunung yang ditarah, blindspot yang sangat berisiko, jalan yang bersimpang siur, naik bukit dan turun bukit dan aku perlu melepasi 400 selekoh untuk menyampaikan diri aku di sana.

Bagi yang cepat rasa pening ketika memandu ataupun jenis claustrophobic, ia akan menjadi perjalanan yang nightmare bagi anda. Sampai saja di Cilaos, kita perlu menuju ke laluan trekking “GR1-GR2”. Boleh dapatkan peta trekking di Visitor Information Centre.

2

3. Perlikan apa-apa persiapan sebelum ke Marla?

Perlu! Sangat perlu, terutamanya persiapan mental. Persiapan stamina juga penting, tapi ia takkan bermakna kalau mental kita lemah. Laluan trekking ke Marla amatlah mencabar, walaupun ia diklasifikasikan sebagai tahap pertengahan. Ternyata Marla betul-betul menguji tahap determination aku untuk menerokai permata rahsia ini, terutamanya bila aku pernah ada sejarah kecederaan tulang belakang.

Jadi, aku sarankan untuk siap sedia dengan hiking footwear yang sesuai (minta tolong sangat jangan pakai sandals atau selipar jepun), hiking poles, air botol minimum 1.5L seorang, first aid kit (travel sized) dan bagi yang nak tidur semalam di Marla, hadkan barang-barang yang nak dibawa bersama. Kalau sanggup nak menggalas beg yang berat untuk trekking panjat tangga selama 7 jam tanpa henti, boleh teruskan.

4. Kenapa laluan ke Marla sangat mencabar?

Ada dua jenis trek yang kita kena lalui untuk ke Marla. Trek yang pertama adalah hike ke puncak Col du Tabait dulu. Tempoh yang diambil untuk ke puncak adalah 5 jam. Tapi, apa yang nightmare-nya laluan ke puncak ini adalah jenis laluan tu sendiri. Paling senang aku boleh gambarkan adalah panjat tangga yang cerun secara berterusan selama 5 jam. Tiada langsung trek yang rata dan landar. Trek yang kedua, dari puncak Col du Tabait turun menghala ke Marla untuk tambahan 2-3 jam.

Kenapa ia sangat mencabar? Kerana trek bermula di Cirque de Cilaos dan Marla terletak di Cirque de Mafate. Jadi, sebenarnya kita sedang merentasi dua kawasan supervolcano yang berlainan.

5. Apa pengalaman yang aku dapat di Marla?

Pertama sekali, ia membuka mata aku tentang berapa banyak lagi lokasi terpencil seperti Marla yang masih menunggu untuk diterokai di dunia ini? Di sebalik laluan trek yang sengsara untuk ke sini, rupanya masih adalah lagi penempatan manusia yang masih mengamalkan gaya hidup tradisional seperti menghasilkan sendiri sumber elektrik dengan menggunakan solar panel dan diesel generator, tiada kemudahan klinik dan sekolah mahupun balai polis.

Penduduk di sini kurang fasih untuk berbahasa Inggeris. Tapi, alhamdulillah, kesempatan aku untuk belajar bahasa Perancis sebelum trip ini, memudahkan aku untuk berkomunikasi dengan mereka. Menurut pemilik homestay yang aku menginap di Marla, akan ada satu hari di mana wakil dari kampung ini akan mengumpulkan segala groceries order dari penduduk kampung dan terbang dengan helikopter untuk membeli kesemua barang tersebut.

Info tambahan:

1. Agak tricky sebenarnya untuk menentukan waktu yang terbaik untuk memulakan trekking. Kalau kita mulakan di awal pagi, kita mungkin akan sampai ke puncak pada waktu tengahari dan ini akan membuatkan kita haus dengan lebih cepat. Sebabnya, pada waktu tengahari, cuaca di Reunion akan menjadi lebih panas dan kering. Tiada water re-fill station disediakan. Hanya kafe layan diri yang terletak di tengah-tengah trek saja.

2. Kalau kita mulakan trekking pada lewat tengahari, aku sarankan untuk bawa torchlight sekali sebab untuk yang ini, memang aku yakin anda akan sampai di Marla pada waktu malam. Trek dari puncak Col du Taibit ke Marla banyak berbatu dan amat merbahaya kalau nak hike dalam gelap.

3. Para hikers yang pernah conquered trek Marla ini berkongsi tentang penggunaan aplikasi Maps.me untuk peta hiking trail. Sepanjang aku trekking di laluan ini, tak pernah pakai langsung. Trek dia amat jelas dan anda memang tak akan sesat, melainkan tersasar dari laluan yang disediakan.

4. Aku sarankan untuk anda cas semua gajet eletronik yang nak dibawa sebab kebanyakan homestay di sini mempunyai sumber elektrik yang terhad. Kalau ada powerbank dan bateri tambahan untuk kamera, bawa saja.

Baca juga: 11 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Negara Réunion Dan Bagaimana Nak Ke Sana