Semasa acara Apple Keynote baru-baru ini, Apple melancarkan dua produk secara serentak. Apple iPad Pro dan Apple iPhone SE. Apple iPhone SE lebih mendapat sambutan manakala Apple iPad Pro yang terbaru juga tidak kurang hebatnya.
Apple iPad Pro mula diperkenal Apple pada tahun lepas dengan saiz skrin yang agak besar iaitu 12.2 inci berbanding model terbaru iPad Pro yang mempunyai saiz skrin 9.7 inci yang bersamaan dengan model Ipad Air 2.

Adakah iPad Pro sekadar gimik daripada Apple yang mengatakan Apple iPad Pro lebih memfokuskan kepada kerja-kerja berat? Adakah iPad Pro sesuai buat anda? Ini pendapat daripada kami:
Smart Cover Keyboard
iPad Pro hadir dengan Smart Cover Keyboard dimana keyboard ini sangat mudah untuk dipandankan bersama. Ya, kami tahu ini bukanlah inovasi terbaharu daripada Apple, cuma apa yang membezakannya adalah Smart Cover Keyboard ini hadir dengan rekabentuk yang lebih menarik dan minimalis.
Apple Pencil
Apple Pencil mungkin pencil yang paling ‘cool’ untuk anda gunakan. Apa yang membezakan Apple Pencil dengan stylus-stylus tablet lain adalah Apple Pencil mempunyai sensor tekanan dimana Apple Pencil dapat mengesan tekanan semasa digunakan.
Apple Pencil juga tidak menggunakan bluetooth. Buat anda yang suka melukis atau banyak membuat kerja-kerja melibatkan grafik dan desain Apple Pencil mungkin stylus yang anda tercari-cari selama ini. Apple Pencil sangat membantu anda untuk membuat lukisan yang sangat terperinci memandangkan Apple Pencil dapat mengesan hampir 240 tekanan dalam satu saat.
Satu kekurangan Apple Pencil adalah harganya yang agak mahal iaitu RM469 berdasarkan harga Apple Malaysia, namun jika anda kerap menggunakan Apple Pencil berdasarkan fungsi-fungsi yang ditawarkan mungkin Apple Pencil antara aksesori yang berbaloi untuk anda laburkan wang anda.
Paparan
Seperti model-model Apple iPad sebelum ini, Apple sangat menekankan paparan LCD yang sangat jelas dan terang. Perkara ini nampaknya diteruskan pada iPad Pro dimana iPad Pro mempunyai paparan yang paling jelas serta komposisi warna yang sangat tepat. Penggunaan resolusi 2732×2048 adalah yang tertinggi berbanding model-model iPad sebelum ini.
Paparan iPad Pro nampaknya lebih baik daripada Macbook Pro 13 inci dan 15 inci dimana iPad Pro mempunyai ketumpatan pixel sebanyak 264 ppi yang sangat membantu anda untuk membuat kerja melibatkan grafik atau semasa bermain game.
Bateri
Adakah Apple iPad Pro Mampu Menggantikan Laptop?
Soalan yang sangat subjektif untuk dijawab kerana penggunaan setiap individu mungkin berbeza. Jika anda seorang yang mahukan sebuah peranti yang ‘cool’, mudah untuk dibawa serta mementingkan ketahanan bateri dan paparan Apple iPad Pro mungkin sesuai untuk anda. Penggunaan Apple Pencil untuk kerja-kerja melibatkan grafik sangat-sangat membantu.
Aplikasi seperti Slack, Google Mail, Google Docs dan Microsoft semuanya terdapat didalam iPad Pro. Oh ya, penggunaan split screen pada iPad Pro juga pasti membantu anda untuk membantu anda untuk ”multitask’ dengan lebih mudah.
Buat anda yang mahukan iPad sekadar untuk hiburan dan membaa ebook dan tidak mahu berbelanja lebih, iPad Air 2 atau iPad Mini 4 antara pilihan yang baik disamping harga yang lebih rendah berbanding iPad Pro
Untuk mengatakan iPad Pro sudah sempurna untuk menggantikan laptop adalah jauh sekali memandangkan masih ada beberapa fungsi atau aplikasi seperti perisian dari Adobe yang lebih kompleks dimana perkara ini tidak dapat diselesaikan menggunakan iPad Pro