Semalam berakhirnya drama paling hot sepanjang Ramadhan ini, Nur. Sepanjang bulan Ramadhan ini, jam 10 malam adalah prime time bagi semua di mana waktu inilah ramai yang sudah selesai menyelesaikan ibadah terawih dan mempunyai masa terluang.

Peluang ini diambil TV3 untuk menayangkan siri drama yang sarat dengan mesej positif iaitu Nur. Bagi yang tidak menonton drama ini, pasti mereka tidak faham apa yang istimewa sangat tentang drama Nur ini berbanding dengan siri-siri drama lain yang ditayangkan di TV3.

Secara ringkasnya, drama Nur menceritakan pahit getir Nur, seorang gadis yang dibesarkan di jalanan yang ingin mencari keampunan dan ditakdirkan jodohnya dengan seorang ustaz bernama Adam. Di bawah adalah beberapa point ringkas mengapa drama Nur ini berjaya mendapat tempat di hati penonton.

1. Jalan cerita yang sarat dengan kritikan sosial

Pihak produksi menyentuh pelbagai isu sosial dalam masyarakat yang jarang diketengahkan semuanya dalam sesuatu drama. Nur lengkap mengupas sisi individu yang holier than thou dan satu lagi sisi individu pendosa yang mencari keredhaan Tuhan. In real life memang ada golongan yang guna agama untuk kepentingan diri sendiri.

Walaupun ada yang tidak setuju dengan drama ini, bagi saya sesiapa yang melihat drama ini dapat melihat mesej yang cuba disampaikan dalam setiap episod. Rasanya kita semua mampu untuk berfikir mana yang baik dan mana yang tidak baik bukan? Dan ya, Nur lari daripada tipikal drama Melayu bersembang bisnes juta-juta.

2. Kekuatan setiap watak yang muncul dalam drama Nur

https://www.instagram.com/p/Bjm-eXPBvTw/?taken-by=radiusone_official

Setiap watak yang ada dalam filem ini mempunyai perwatakkan dan kekuatan mereka yang tersendiri. Kita dapat ingat setiap watak satu persatu; dari kakak, emak Adam, adik kepada Adam sehinggalah kepada watak pembantu pak cik di masjid. Semuanya mewakili individu yang ada masyarakat.

Watak penunggang agama dilakonkan dengan jayanya oleh pelakon serba boleh Azhan Rani. Jika perlu memilih satu watak paling menonjol sepanjang filem ini, saya akan pilih Azhan Rani. Dalam siri ini beliau berlakon sebagai seorang individu yang menyalahgunakan tabung anak yatim untuk kepentingan sendiri. Beliau tetap dipandang tinggi walaupun buat banyak perkara mungkar kerana melilit serban di kepala.

3. Bukan drama yang ‘malas’

Filem ini juga cantik dari segi sinematografinya. Melalui perbincangan saya dengan rakan tentang filem ini, ianya bukan satu drama yang malas. Setiap adegan dirakam dengan teliti supaya mood yang ingin ditonjolkan itu ‘sampai’ kepada penonton. Jika sampai, barulah penonton akan melekat untuk lihat episod seterusnya.

4. Soundtrack drama yang kena

Setiap lagu yang dimuatkan dalam drama ini sangat ‘kena’ dengan mood filem ini. Terutamanya untuk lagu ‘Tak Pernah Hilang’ nyanyian Amylea dan Kaer. Sehinggakan siapa yang menonton filem ini pasti akan nyanyi bersama chorus lagu ini yang catchy. Lirik lagunya juga sangat sesuai dengan filem Nur ini.

5. Drama ‘berat’ yang dibawa dengan yang baik

https://www.instagram.com/p/BjmtVEEhmwu/?taken-by=radiusone_official

Drama dengan mesej keagamaan memang sangat susah untuk mendapat tontonan kecuali ianya dibuat dengan cara yang santai dan bijak. Kredit perlu diberi kepada tuan pengarah serta penulis drama ini yang berjaya memasukkan mesej dengan cara yang terbaik supaya dapat diterima dengan baik oleh penonton.

Secara keseluruhannya, dengan jumlah tontonan mencecah 9 juta setiap episod, siapa kata orang Malaysia masih belum sedia untuk drama bijak? Cuma ramuannya kena betul dan Nur berjaya ramuan itu untuk tambat hari penonton.

Ini hanyalah pandangan peribadi penulis untuk drama Nur ini dan semoga drama ini memberi manfaat dan kesedaran kepada kita semua. Walaupun ada yang juga mengecam drama ini tetapi jika kita lihat dari sudut negatif, negatiflah jadinya. Seeloknya kita kekal positif dalam segala perbuatan.