Sudah menjadi kebiasaan sejak akhir-akhir ini di mana restoran sering kali menggunakan khidmat influencer atau food reviewer dalam mempromosikan kedai sekaligus melariskan jualan.
Salah satu medium utama yang kerap kali digunakan adalah review makanan secara video yang sekaligus memperlihatkan seleksi hidangan yang tersedia di restoran tersebut.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular sebuah video perkongsian Twitter @Jomkitamy yang telah meraih pelbagai respon di kalangan netizen berikutan cara dua individu ini ‘review’ kedai makan ini.
Kedai Western Portion Banyak Gila Sumpah Kenyang! #Jomkita
Semua makanan dekat sini portion dia banyak gila wehhh lepastuh kuah black pepper dia kasi banjir wehhh memang sedap sangat sangat recommend πππ
Lokasi π: Garden Western Grill, Petaling Jaya pic.twitter.com/cZmzSYeLAF
— Jomkita π²πΎ (@Jomkitamy) December 28, 2022
Menerusi video yang dikongsikan, netizen berpendapat cara dua individu ini menjamah makanan sehingga meleleh kuah ke dagu membuatkan mereka berasa tidak berselera.
This is so disgusting to watch. Cmon lah! Restaurant tu dah bayar korang banyak duit; atleast dont be so jijik tunjuk makanan mcm tu. And that big guy needs to stop eating so much unhealthy food – heβs already morbidly obese. Im not fat-shaming. These are facts.
— Ari Carrington (@ari757) December 31, 2022
Apasal aku jadi geli tgk video ni ek π€’
— Lofi Ramli (@LofiRamli) December 30, 2022
2.5mil views (4 days).
"A bad publicity is good publicity?"
But never is a good credibility.
Imagine 2.5mil people watching your damaged reputation + countless bad reviews from customers.
Marketing is not selling. The real value comes from people actually buying your product. https://t.co/1NEIR2ap1Q
— Azraei Muhamad | #FinancialGory (@azraeimuhamad) January 2, 2023
Aku bukan nak fat shamimg, tp laki tu dah kena stop makan benda tak sihat ni. Dah gaya boleh kena diabetes. https://t.co/F5KZtszHl5
— Nor Azam Budin (@norazambudin) January 1, 2023
Bukan itu sahaja, terdapat juga netizen yang berpendapat individu yang mempunyai saiz badan yang besar tidak wajar membuat review mengenai makan kerana mampu mengundang kepada masalah kesihatan yang lebih serius.
Berikutan menerima pelbagai respon negatif daripada para netizen, influencer yang berada dalam video ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai gaya makan yang dilihat agak kurang sopan serta sedia menerima teguran secara terbuka.
Beliau turut memaklumkan sedia mengubah cara beliau review makanan agar lebih sopan dan berkualiti serta memohon orang ramai tidak menghina fizikal beliau dalam mengkritik.
Saya ingin memohon maaf mengenai gaya makan yang agak kurang sopan dan menerima teguran secara terbuka. In shaa allah saya akan cuba ubah gaya review makanan agar lebih sopan & berkualiti selepas ini π
Cuma saya mohon janganlah sampai menghina fizikal saya https://t.co/iJ12qWyuyq
— Daddi π²πΎ (@RifdiAmri) January 2, 2023
Meskipun kurang disenangi para netizen, video yang baru sahaja dikongsikan pada 28 Disember lalu telah meraih lebih 3.1 juta tontonan setakat artikel ditulis.