Baru-baru ini, dua ‘influencer’ telah berkongsikan pengalaman hitamnya menginap di sebuah resort, Alang’s Rawa yang terletak di sebuah pulau di Johor.

Menerusi perkongsian mereka, resort tersebut dikatakan mempunyai perkhidmatan yang teruk, ditambah pula pengotor dan tidak menjaga kebersihan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan pihak pengurusan Alang’s Rawa telah tampil memberikan kenyataan mereka berhubung isu terbabit menerusi Instagram.

Menurut pihak pengurusan Alang’s Rawa, terdapat komunikasi secara langsung antara pihak pengurusan dan mereka ketika mereka menginap di sana atas sebab-sebab yang diketahui mereka tetapi tidak boleh didedahkan.

Malah, ia bukanlah alasan untuk menghalang mereka daripada membuat aduan secara langsung kepada pihak resort dan mendakwa pihak Norreen dan Bella tidak membuat sebarang aduan ketika penginapan di resort.

Bukan itu sahaja, pengurus resort juga telah meminta mereka untuk failkan aduan jika ada sepanjang penginapan mereka dengan butiran releven melalui emel agar pihak pengurusan dapat menyiasat hal terbabit.

Pihak pengurusan Alang’s Rawa sudah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah termasuk kedua-dua influencer terbabit.