Siapa sangka, dengan memuat naik gambar di platform media sosial seperti Facebook sebenarnya boleh buat akaun anda bertambah ‘masyuk’? Baru-baru ini, tular kisah influencer yang mendedahkan mereka mampu menjana ratusan ringgit hanya dengan memuat naik gambar-gambar yang nampak macam “saja-saja” di media sosial.

Menerusi siri hantaran di Facebook, Syahmi Sazli berkongsi yang dia mampu menjana pendapatan lumayan mencecah ratusan ringgit dalam tempoh dua hari hasil memuat naik gambar-gambar kehidupan seharian di media sosial.

Influencer Popular Dedah Mampu Jana Ratusan Ringgit Dengan Hanya Muat Naik Gambar 'Random'
Sumber Gambar: FB

Semuanya bermula dari hantaran yang dibuat pada hari minggu lalu, yang mana dia mendakwa dengan hanya memuat naik sekeping gambar iaitu pada ketika itu sedang duduk di atas motor sahaja sudah mampu buat duit sampingan.

Influencer Popular Dedah Mampu Jana Ratusan Ringgit Dengan Hanya Muat Naik Gambar 'Random'
Sumber Gambar: FB

Selepas lebih kurang dua hari, dia berkongsi hasil pendapatan yang berjaya diraih dengan gambar tersebut mencapai lebih kurang $46.34 bersamaan RM188 untuk pertukaran nilai matawang hari ini.

Di dalam hantaran terkini, dia berkongsi lagi beberapa gambar lain yang berjaya membuahkan hasil pendapatan seperti berikut.

“Seperti yg diminta, mi tunjuk hasil dari tiga gambar, setakat ini;
1. Pakai topi SGV – RM135
2. Selipar – RM85
3. Tangan – RM42

Ok dah”, ujarnya.

Influencer Popular Dedah Mampu Jana Ratusan Ringgit Dengan Hanya Muat Naik Gambar 'Random'
Sumber Gambar: FB

Walaupun nampak hanya gambar biasa, tetapi bagi penyedia platform media sosial ini merupakan salah satu sebab dapat menarik orang ramai kekal menggunakan media sosial tersebut berbanding dengan yang lain. Facebook kini mempunyai program jemputan yang dipanggil Performance Bonus.

Cara ia berfungsi adalah Facebook akan membayar pencipta kandungan (creators) berdasarkan tahap interaksi (Likes, Comments, Shares, dan Views) pada hantaran mereka.

Jadi, walaupun hanya gambar “random”, jika ia mendapat ribuan “Like” dan komen, Facebook akan membayar pemilik akaun tersebut.

Tengok sahaja tangkap layar hasil interaksi dari gambar-gambar yang dimuat naik semuanya mencecah lebih 500,000 jumlah tontonan serta interaksi mencapai 6 angka.

Memang tidak dinafikan ramai peminat di ruangan komen meminta nasihat Syahmi dalam perihal itu, namun perlu diingatkan sebelum dia sampai ke tahap ini, dia sendiri sudah berkecimpung lama dalam dunia pencipta kandungan di media sosial sekaligus berjaya membina jenamanya sendiri di dalam arena internet.