Pada tahun 2023, penawaran smart TV 4K sudah semakin banyak di dalam pasaran. Harganya pula sudah mampu milik yang mana menarik perhatian ramai untuk mendapatkannya.

Lazimnya smart TV kini dilengkapi paparan yang mantap dengan teknologi canggih seperti AI dan banyak lagi. Jadi, kami bakal menyenaraikan sejumlah lima smart TV 4K terbaik yang anda boleh dapatkan pada harga di bawah RM2,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. LG 4K Smart UHD TV

smart tv 4k
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, TV LG ini hadir dengan skrin bersaiz 43-inci berserta resolusi 4K yang mampu menawarkan kualiti gambar yang realistik. Selain rekaan yang premium, kehadiran ciri ThinQ AI pula dapat menjadikan pengalaman penggunaan TV yang lebih mudah.

Bukan itu sahaja, TV ini juga menyokong Google Assistant, Amazon Alexa, Apple AirPlay di mana dapat memudahkan anda membuat kawalan dengan menggunakan arahan suara. Malah, terdapat ciri Sport Alert yang akan memberikan notifikasi penting seperti perlawanan bola yang bakal berlangsung dan sebagainya.

Kini anda boleh dapatkan LG 4K Smart UHD TV pada harga RM1,629 menerusi Shopee dan di Lazada berharga RM1,042.

Beli Sekarang LG 4K Smart UHD TV Di Shopee

Beli Sekarang LG 4K Smart UHD TV Di Lazada

2. Hisense 4K Google UHD TV

Sumber Gambar: Shopee

Sebuah lagi smart TV yang anda boleh pertimbangkan adalah Hisense 4K Google UHD TV. Sesuai untuk peminat filem atau sukan kerana TV ini tampil dengan saiz 55-inci FHD dengan resolusi 4K berserta sistem audio DTS yang imersif. Dengan ciri Precision Colour, setiap warna bakal ditonjolkan dengan lebih baik dan tepat.

Menariknya, alat kawalan yang disediakan menyokong kawalan suara di mana TV tersebut akan menjawab sebarang arahan yang diberikan menerusi butang mikrofon padanya. Difahamkan TV ini turut boleh mengesan kandungan sukan yang mana akan mengoptimasi signal ke tahap optimum untuk pengalaman tontonan secara langsung yang baik.

Anda boleh dapatkan smart TV keluaran Hisense ini pada harga RM1,679 menerusi Shopee dan berharga RM1,499 di Lazada.

Beli Sekarang Hisense 4K Google UHD TV Di Shopee

Beli Sekarang Hisense 4K Google UHD TV Di Lazada

3. TCL 4K UHD LED Smart TV

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, model smart TV keluaran TCL ini menampilkan sejumlah ciri menarik yang bakal memberikan pengalaman penggunaan yang mantap. Ini termasuklah skrin 55-inci beresolusi 4K, sistem operasi Android dan chromecast terbina untuk membolehkan anda mengakses kandungan daripada peranti ke TV.

Berbagai ciri pintar yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna seperti carian konten dengan menggunakan arahan suara, pelarasan tahap bunyi secara automatik dan juga mempunyai mod sukan yang akan mengoptimasi kualiti siaran langsung dan juga merakam acara yang ditonton.

Buat anda yang berminat TV serba canggih ini, bolehlah dapatkan di Shopee dengan harga RM1,699.

Beli Sekarang TCL 4K UHD LED Smart TV Di Shopee

4. Toshiba Smart 4K UHD C350L

Sumber Gambar: Shopee

Model C350L ini bakal memberikan pengalaman tontonan yang mengagumkan kerana mempunyai Regza Engine 4K, HDR10, Dolby-Vision Atmos yang mengoptimasi visual kepada kualiti terbaik. Sistem audio yang terdiri daripada Regza Power Audio boleh menghasilkan bunyi yang realistik dan imersif menerusinya.

Terdapat ciri Auto Low Latency (ALLM) yang membenarkan paparan kandungan dan juga kawalan interaktif yang lebih lancar. Seperti smart TV lain, ciri perkongsian skrin juga tersedia ini termasuklah untuk Apple AirPlay yang membolehkan anda menstrim kandungan daripada telefon pintar lalu diakses ke TV.

Jika anda berminat dengan TV ini, dapatkan di Shopee dengan harga RM1,729 atau di Lazada berharga RM1,688.

Beli Sekarang Toshiba Smart 4K UHD Di Shopee

Beli Sekarang Toshiba Smart 4K UHD Di Lazada

5. Samsung BU8100 Crystal UHD Smart TV

smart tv 4k
Sumber Gambar: Shopee

Samsung pula sangat terkenal dengan penawaran TV terbaik yang mana boleh pertimbangkan model 8100 ini. TV ini hadir dengan paparan visual yang cukup menawan kerana mempunyai cip prosesor 4K yang berkuasa. Di samping itu, sistem audio serba canggih yang boleh menghasilkan bunyi 3D yang imersif.

Model ini juga mempunyai ciri Auto Low Latency (ALLM) yang memastikan pengalaman navigasi atau pun interaktif yang lancar lebih-lebih lagi untuk gaming. Dalam pada itu, anda boleh memberikan arahan suara untuk melakukan sesuatu perkara dan menariknya juga mempunyai smarthub yang mana akan menyediakan kandungan dengan citarasa anda.

Kini anda boleh dapatkan Samsung BU8100 Crystal UHD Smart TV ini pada harga RM1,999 menerusi Shopee dan di Lazada pada harga RM1,533 sahaja.

Beli Sekarang Samsung BU8100 Crystal UHD Smart TV Di Shopee

Beli Sekarang Samsung BU8100 Crystal UHD Smart TV Di Lazada

Berdasarkan penelitian yang dibuat, Samsung BU8100 Crystal UHD Smart TV ini sangat berbaloi didapatkan kerana bukan sahaja mempunyai paparan visual yang mengagumkan malah tampil dengan pelbagai ciri pintar yang boleh dimanfaatkan dalam seharian. Model ini juga menerima review yang positif daripada sejumlah pengguna.

Alang-alang ingin menggantikan TV baharu, lebih baik anda pertimbangkan smart TV yang lebih canggih untuk kegunaan seharian. Malah, anda lebih fleksibel kerana boleh memberi arahan suara untuk membuat carian atau navigasi selepas ini.