Tidak lama lagi kita akan sambut sambutan tahun baharu dan kebanyakan daripada anda akan cuti panjang. Oleh itu, mesti anda mahu membawa anak-anak anda berhibur, bukan?

Taman tema air menjadi antara pilihan ibu bapa untuk memberikan pengalaman menyeronokkan buat anak-anak mereka.

Baca Juga:

Kali ini, kami akan senaraikan taman tema air yang berharga bawah RM50 agar anda dapat berseronok tanpa menangis melihat dompet.

1. Wet World, Selangor

@wetworld_shahalam

Just another ordinary day at Wet World Shah Alam! Head over to our friendly waterpark with your family and friends this school holiday! Get 10% off at: onlyticket.com.my #wetworldshahalam #regularday #waterpark #themepark #rwyfb #fyp

♬ original sound – Wet World Shah Alam_Official – Wet World Shah Alam_Official

Terletak di Shah Alam, Selangor, taman tema air ini cukup terkenal kerana mesra keluarga dan juga murah. Walaupun harganya murah tetapi tarikan yang ditawarkan kepada pengunjung cukup memuaskan.

Harga tiket yang ditawarkan masih berada pada tahap serderhana iaitu dewasa RM30 (ketinggian 130 cm dan ke atas) dan bagi kanak-kanak pula RM25 (ketinggian 90 – 130 cm).

2. A’Famosa Water Theme Park, Melaka

@afamosathemeparks

Jom ke Water World 💦 #afamosathemepark #afamosamelaka #afamosa #fyp #waterworld #waterthemepark

♬ original sound – A’Famosa Theme Park – A’Famosa Theme Parks

Kalau sebut sahaja Melaka, mesti automatik anda fikir tempat-tempat bersejarah, bukan? Sebenarnya ada juga taman tema air di A’Famosa Water Theme Park.

Terdapat 11 tarikan menarik yang disediakan di sini termasuk gelongsor setinggi tujuh tingkat dan harga tiket yang ditawarkan adalah RM50 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak. Kalau beli online, anda boleh dapat diskaun, klik sini untuk beli tiket.

3. Splash Out Langkawi, Kedah

@splashoutlangkawi

Getting ready to cool off this weekend?! Splash over for the ultimate spills & thrills!!!!! #splashoutlangkawi #langkawi #waterpark

♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

Jika anda ke Langkawi dan tiada idea mahu lakukan apa di sana, bolehlah singgah juga ke Splash Out Langkawi ini.

Terdapat 12 tarikan di sini seperti Wild Water, Sprinkle Island, Poseidon’s Revenge dan banyak lagi. Harga tiket pula bermula dari RM35.

4. Big Bucket Splash, Selangor

@placesmalaysia

Have fun with family at Big Bucket Splash in Selangor with FREE entrance for children 90cm height or below! 😍💦 . 📌 Big Bucket Splash is located right at Gamuda Gardens, Rawang. Visitors get to immerse in 10,000 sq ft rainforest themed 🌿 waterplay attraction that features towering slides, shallow pool, rain bucket and many more! 🤩 . There is also an open space upstairs with serene view perfect to host any parties 🎉 or events with your family and friends! 👨‍👩‍👧‍👦❤️ For private function bookings email to [email protected] . 🔗 Book Tickets: Link In Bio . Big Bucket Splash 📍Gamuda Gardens, Rawang 👉 Book Tickets: www.glplay.com.my . #bigbucketsplash #bigbucketsplashgamudagardens #gamudagardens #selangor #rawang #attraction #waterpark #malaysia

♬ We’ll Be Alright – Travie McCoy

Big Bucket Splash ini terletak di Rawang, Selangor dan walaupun tempat sedikit kecil tetapi masih berbaloi untuk bersuka ria bersama anak-anak anda.

Terdapat pelbagai tarikan dan kelengkapan di sini yang akan memberikan keceriaan kepada anak-anak anda. Harga tiket untuk dewasa RM10, manakala kanak-kanak pula berharga RM36 dan ditutup setiap hati Selasa.

5. Bukit Merah Laketown Water Park, Perak

@bukitmerahresort

Siapa yang belum mengalami riang-ria di Bukit Merah Waterpark? Inilah masanya untuk buat rancangan ke sini. Lagi best, jika anda pemegang IC negeri-negeri Utara dan Pantai Timur, anda boleh menikmati Promosi 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝟕 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 kami dengan hanya RM20 seorang! *𝑃𝑟𝑜𝑚𝑜𝑠𝑖 𝑠𝑎ℎ 𝑠𝑒ℎ𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎 30 𝑁𝑜𝑣𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟 2023 *𝑇𝑒𝑟𝑡𝑎𝑘𝑙𝑢𝑘 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑡𝑒𝑟𝑚𝑎 & 𝑠𝑦𝑎𝑟𝑎𝑡 #BMR #BukitMerahLaketownResort #BMLR #VisitPerak2024 #TravelPerakLah #vacay #family #friends #Waterpark #CutiCutiMalaysia #Malaysia #FYP #FYPMalaysia #TikTokMalaysia

♬ original sound – Bukit Merah Laketown Resort – Bukit Merah Laketown Resort

Taman Tema Air yang terletak di Perak ini adalah antara taman tema air yang sangat affordable untuk anda bawa keluarga anda.

Dengan harga tiket serendah RM30, anda boleh menikmati sebanyak 14 tarikan menarik di sini termasuk Family Splash Adventure, Racer Slides, Crazee Cone, Boomerang dan banyak lagi.

Tunggu apa lagi? Bolehlah anda terjah ke taman tema air untuk berhibur bersama keluarga anda. Dapatlah luangkan masa ketika cuti.