Untuk mulakan langkah pertama memulakan perniagaan mungkin ada yang kata mudah dan juga akan ada kata susah. Buat anda yang ingin mula ceburi bidang peniagaan ini, jangan takut untuk mengolak langkah pertama dalam bisnes.
Terdapat 5 asas utama untuk berniaga yang anda perlu tahu telah dikongsikan oleh pengguna Twitter @muhdnaimmustafa. Ikuti perkongsian beliau tentang 5 asas utama tersebut.
Adik-adik yang baru nak meniaga.
Meniaga ni senang je. Ada 5 asas yg kena tahu :
Benda pertama kena ada adalah berani.
Berani ke depan dan buang rasa malu. Asas utama menjual adalah untuk bagi tahu orang tentang produk kita.
Jadi jangan malu untuk promote produk/service.
— Naim M. l Performance Marketer (@muhdnaimmustafa) July 7, 2020
1. Berani dan tidak berasa malu
Anda perlu berani dan buang rasa malu untuk promosikan produk atau perkhidmatan anda. Asas utama menjual adalah untuk beritahu orang tentang produk kita.
2. Platform berhubung dengan pelanggan
Sudah jalankan promosi produk dan raih kepercayaan pelanggan, anda perlu sediakan satu platform untuk pelanggan berhubung dengan kita. Paling mudah guna whatsapp. Kalau boleh balas dengan cepat sebab jika balas lambat nanti dia lari ke seller lain.

3. Berinteraksi bersama pelanggan
Selepas anda pos barang pelanggan, jangan lupa untuk tanyakan feedback pelanggan. Jika dapat maklum balas positif, anda boleh minta izin screenshot untuk dijadikan review dan jika negatif, anda boleh perbaiki perkhidmatan anda.
4. Buat senarai database pelanggan
Paling penting 3 benda ini anda perlu simpan iaitu nama pelanggan, nombor telefon dan jumlah pembelian. Database pelanggan ini penting kalau nak step up marketing game untuk guna paid advertising.
5. Program untuk pelanggan setia
Nampak atau tidak betapa pentingnya database pelanggan? Ia akan memudahkan anda untuk jejak pelanggan setia untuk anda hubungi semula dan tawar jadi dropship atau agent dengan berikan mereka harga istimewa. Kiranya kita sudah ada bantuan untuk lakukan promosi untuk diri kita dan pelanggan setia kita akan rasa istimewa dan menjadi setia dengan produk yang kita pasarkan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang ingin mulakan perniagaan anda. Selamat maju jaya buat anda semua.
Sementara itu, kami kongsikan kisah beberapa perniagaan yang bermula daripada kecil kini sudah mula menempa nama. Klik sahaja pautan di bawah ini.