Setiap bekas pelajar universiti pasti ada sekelumit di hati mahu berbakti semula di menara gading masing-masing.

Baru-baru ini seorang alumni meluahkan rasa kekecewaan apabila mendapat tahu beliau sudah tidak boleh berniaga lagi di dalam universiti tanpa sebab yang kukuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsiaan TikTok @najmudin.shukor, beliau mula berniaga pada 11 November 2023 selepas borong permohonannya diluluskan.

Kemudian pada 27 Disember 2023, beliau menerima surat penamatan secara tiba-tiba di mana hari terakhir berniaga adalah pada 31 Disember 2023.

@najmudin.shukor

Terima kasih uitm segamat untuk peristiwa ni. Terima kasih juga beri peluang saya meniaga sebulan lebih. Saya tak tahu pihak atasan yang mana terminate saya, cuma saya berharap agar semua ni takkan berlaku pada alumni uitm yang lain. Cukup saya seorang sahaja jadi mangsa. Terima kasih untuk segalanya. #abangsoya #uitmsegamat

♬ original sound – ABANG SOYAAA – ABANG SOYAAA

Beliau ada meminta untuk extend berniaga pada bulan Januari dan diluluskan.

“Alhamdulilah, walaupun diluluskan saya tidak boleh meneruskan untuk meniaga kerana pelajar-pelajar sudah mula bercuti.

“Cumanya saya rasa terkilan kerana saya ditamatkan tanpa sebab — atas alasan ‘tiada punca kuasa untuk meluluskan’ saya berniaga di sini,” luah peniaga itu dengan penuh kekecewaan.

'Baru Sebulan, Apa Salah Saya?' – Alumni Kecewa Dihalang Berniaga Dalam Universiti
Sumber Gambar: TikTok @najmudin.shukor

Menurut alumni itu lagi, beliau telah membelanjakan sejumlah wang yang besar membeli perkakasan; freezer, chiller (lebih RM3,000), dapur memasak (hampir RM3,000) mesin ABC dan pelbagai lagi untuk berniaga di dalam kawasan universiti tersebut.

Kini beliau terpaksa menjual sebahagian perkakasan yang

Di penghujung video, beliau berharap pihak universiti tidak menawarkan apa-apa lagi kepada alumni supaya perkara seperti tersebut tidak berulang pada masa hadapan.

Pada masa sama peniaga itu memohon maaf kepada keempat-empat pekerja yang terpaksa diberhentikan kerana tidak dapat lagi memberi peluang perniagaan kepada mereka.

Setakat artikel ini ditulis, video itu sudah ditonton sebanyak lebih 3.3 juta kali dan warganet telah meninggalkan lebih 14,300 komen.

Ramai netizen yang bersimpati dengan ujian yang berlaku terhadap peniaga itu dan memintanya tidak patah semangat. Ini kerana itulah sebahagian daripada lumrah sebagai seorang peniaga.

Sumber Gambar: TikTok @najmudin.shukor
Sumber Gambar: TikTok @najmudin.shukor
Sumber Gambar: TikTok @najmudin.shukor

Terdahulu, ahli keluarganya diuji apabila katering tidak hadir ke majlis perkahwinan sehingga menyebabkan pasangan pengantin kerugian lebih RM13,000.