Setiap pasangan yang mahu mengadakan majlis perkahwinan pastinya berharap majlis mereka berjalan dengan lancar dan bukannya mudah untuk mengumpulkan wang.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Burhanuddin Rabbani telah berkongsi dalam satu hantaran dimana tempahan katering yang ditempah oleh adiknya untuk majlis perkahwinan tidak tiba.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi hantaran tersebut, pihak katerer tidak memberikan respon apabila pihak keluarganya menghubungi beberapa kali dan bayaran sebanyak RM13,000 telah dibayar kepada pihak katerer.

Susulan ditipu pihak katerer, Burhanuddin bersama ahli keluarga lain telah bertungkus lumus untuk masak sempena majlis perkahwinan adiknya itu.

Malah, Burhanuddin mewakili ayahnya telah meminta maaf kepada semua tetamu yang hadir kerana hanya dapat menghidangkan beberapa lauk sahaja.

Difahamkan, pihaknya telah membuat laporan polis dan berharap orang ramai berhati-hati dengan katerer tersebut agar tidak menjadi mangsa penipuan berikutnya.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang berkongsi bahawa ini bukanlah kali pertama pihak katerer tersebut menipu.