Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi momen yang terindah buat semua pasangan pengantin. Namun, luluh hati sepasang pengantin apabila majlis perkahwinan yang dirancang hancur disebabkan sifat pentingkan diri orang sekeliling.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik individu bernama Azizul Azli Ahmad di Facebook, pasangan pengantin itu hanya menjemput 150 jemputan sahaja yang terdiri daripada ahli keluarga serta sahabat terdekat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Namun, lain pula jadi apabila ada segelintir saudara-mara lain menjemput jiran tetangga dengan alasan untuk memeriahkan lagi majlis.

“Diorang cakap sikit sangat jemput 150 orang, pada dorang macam tak logik hanya seramai itu pada zaman sekarang ni.

And you know, tanpa saya tahu masa majlis itu saudara-mara saya panda-pandai je jemput jiran dorang sekali datang majlis atas alasan nak meriahkan majlis,” katanya lagi.

Disebabkan kehadiran tetamu tidak diundang berkenaan, ia telah menyebabkan majlis perkahwinannya menjadi huru-hara sehinggakan ada tetamu hanya boleh menjamah kuih yang disediakan kerana lauk utama sudah kehabisan.

“Makanan semua jadi tidak cukup. Goodies jangan cakap lah, huru-hara dan ramai tetamu yang tidak dapat. Ada yang dapat makan kuih je sebab lauk buffet dah habis.

“Daripada 150 jemputan, jadi 400 jemputan. Rosak majlis saya dan sampai sekarang saya termenung bila fikir balik pasal majlis itu,” luahnya dengan nada kesal kerana tidak dapat memenuhi hajat mahu meraikan tetamu jemputan yang sepatutnya.

Perkongsian ini turut mendapat perhatian dan respon daripada wargamaya yang dilihat mengecam tindakan saudara-mara kepada pasangan pengantin berkenaan.

Sumber Gambar: FB Azizul Azli Ahmad
Sumber Gambar: FB Azizul Azli Ahmad

Menurut mereka, meskipun mempunyai pertalian darah dalam keluarga, itu bukanlah tiket bagi mereka untuk melakukan sesuka hati dan mereka perlulah menghormati pengantin yang sudah membuat perancangan awal.

Bahkan, perilaku sebegitu juga ditegah di dalam agama kerana tidak mendapatkan persetujuan atau dijemput oleh tuan rumah ke majlis tersebut.