Industri seni tanah air kehilangan seorang pelakon berbakat apabila Kamarool Haji Yusoff atau Cik Man.

Sepanjang perjalanan kariernya, Allahyarham meninggalkan banyak watak yang menjadi ingatan peminat menerusi filem-filem hebat dari era 1980-an hingga kini.

@shuuuuuuusssssss

#fyppppppppppppppppppppppp #gangster #cikman #pabloamirul

♬ bunyi asal – Nadiahussinshop – nadia hussin

Berikut adalah 4 watak Cik Man yang melekat di dalam hati sanubari peminat filem di Malaysia.

4. Serabai – Filem 6 Jilake (2025)

Antara penampilan terakhir Allahyarham di layar perak. Dalam filem arahan Aziz M. Osman ini, Kamarool membawa watak Serabai, menyertai barisan pelakon hebat dalam karya berkonsepkan aksi komedi sejarah.

@gitugitu.empire

Nak tolong pegang ke? @kamaroolkhy @mamakputeh Saksikan sedutan dari filem @6jilakemovie yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia termasuk Brunei. #filem6jilake #actioncomedy #filem2025 #azizmosman #saifulapek #cheman

♬ original sound – Gitu Gitu Empire – Gitu Gitu Empire

Watak Cik Man sangat semulajadi di dalam filem ini, dengan gaya komedi bersahaja yang menjadi kekuatannya.

3. Chomprak – Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

Hadir sebagai kameo dalam filem komedi legenda. Kamarool Yusoff tetap mampu meninggalkan kesan yang kuat dalam filem ini.

Karakter uniknya sebagai bomoh Siam bernama Chomprak menambah warna kepada suasana Kampung Pisang yang penuh dengan gelagat pelik dan mencuit hati.

@kepalameme3

#lawakmalaysia #meme #malaysia #fyp

♬ original sound – kepalameme3 – kepalameme3

2. Cik Man – Rock Oo! Rimba Bra Kembali (2013) dan Rock Bro (2016)

Filem yang mengangkat semula Kamarool Yusoff. Nama Cik Man itu sendiri kemudian melekat pada Kamarool Yusoff.

Gelagat dan gaya penyampaian dialog Kamarool Yusoff benar membuatkan watak Cik Man menjadi antara watak yang paling diingati peminat dan menjadi meme yang menghiasi media sosial.

Filem ini juga antara naskah penting dalam karier arwah Mamat Khalid.

1. Farouk – Filem Gila Gila Remaja (1985)

Sebelum generasi hari ini mengenalinya sebagai Cik Man, generasi terdahulu mengenali Kamarool Yusoff sebagai Farouk.

Tidak sah kalau bercerita tentang Kamarool Yussof tanpa mengenang kehebatannya dalam membawa watak Farouk.

Watak Farouk merupakan antara watak ‘villain’ yang ikonik dalam sejarah perfileman Malaysia.

Watak yang melonjakkan nama Kamarool dalam industri perfileman Malaysia. Filem arahan Othman Hafsham ini kekal sebagai salah satu filem remaja klasik Malaysia.

@mohdsuffian550

♬ original sound – Suffian – pian je

Itu hanyalah senarai pendek watak watak yang dibawakan Kamarool Yusoff di dalam filem. Yang pasti, dalam karier beliau, terlalu banyak watak yang sudah dibawakannya dengan berkesan, tidak kira di dalam filem, drama, malah dalam iklan sekalipun.

Pemergian arwah Kamarool Yussof ibarat kehilangan sebutir permata dalam dunia seni lakonan di Malaysia.

Jangan lupa kongsikan juga watak lakonan arwah yang paling anda ingati di ruangan komen.