Pengerusi Persatuan Pelancongan Langkawi, Zainudin Kadir menyatakan banyak perniagaan yang menjual produk tembakau di Kuah, Langkawi telah gulung tikar kerana duti yang dikenakan menyebabkan harga barangan tersebut kini hampir sama dengan kawasan lain di negara ini.

Beliau berkata pemulihan status bebas cukai mampu merancakkan semula pelancongan di Langkawi, yang dahulunya menjadi tumpuan utama untuk membeli-belah barangan murah, petik The Star.

Kuah, yang merupakan pusat komersial dan pentadbiran pulau itu serta pintu masuk utama feri, sebelum ini adalah hab bagi jualan tembakau bebas cukai.

“Kira-kira 50% kedai tembakau telah ditutup selepas hilang daya saing harga berikutan pengenaan duti.

“Jetty Point, yang dahulunya antara outlet bebas cukai terbesar, kini telah berhenti menjual produk tembakau,” katanya semalam.

Zainudin menambah bahawa aktiviti membeli-belah bebas cukai telah menjadi tarikan utama Langkawi sejak ia digazetkan sebagai zon bebas cukai pada tahun 1987.

Namun, di bawah Belanjawan 2021, rokok dan produk tembakau telah dijadikan barangan bercukai di semua pulau bebas cukai.

Sultan Kedah titah kembalikan status Langkawi bebas cukai

Pada 13 April, Sultan Kedah bertitah semasa perasmian mesyuarat Dewan Undangan Negeri bahawa Kerajaan Persekutuan sewajarnya mengembalikan status bebas cukai Langkawi bagi merangsang semula sektor pelancongan dan ekonomi pulau tersebut.

Antara lain, Baginda bertitah bahawa pengenaan cukai ke atas produk berasaskan tembakau telah menghakis daya tarikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan.

Zainudin, ketika dihubungi, menyatakan bahawa rokok dan cerutu (sijar) merupakan antara pemacu utama sektor peruncitan kerana daya tarikannya yang luas, namun perubahan polisi tersebut telah melemahkan pengaruh berkenaan.

Beliau berkata jumlah pelancong domestik telah merosot sebanyak kira-kira 53%, dengan perkhidmatan feri dikurangkan daripada lapan perjalanan sehari kepada hanya tiga.

Memetik laporan itu lagi, Zainudin menyatakan bahawa rokok dan cerut merupakan antara pemacu utama sektor peruncitan kerana daya tarikannya yang luas, namun perubahan polisi tersebut telah melemahkan daya penarik berkenaan.

Beliau berkata jumlah pelancong domestik telah merosot sebanyak kira-kira 53%, dengan perkhidmatan feri dikurangkan daripada lapan perjalanan sehari kepada hanya tiga.

Sebelum ini, katanya, ketibaan pelancong terdiri daripada 70% warga asing manakala selebihnya adalah penduduk tempatan.

“Pelancong dari China, yang kebanyakannya adalah perokok, mewakili pasaran yang signifikan,” katanya.

Sumber