Kelantan dan masalah air bukan satu isu yang baharu. Ia seolah-olah kawan baik yang tidak boleh dipisahkan.
Mungkin itu yang difikirkan oleh pihak bertanggungjawab sehingga isu ini masih menjadi masalah utama penduduk negeri yang terkenal dengan panggilan ‘serambi mekah’.
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
Melalui satu hantaran terbaharu Facebook Air Kelantan, ucapan hari raya yang mungkin dibuat dengan ikhlas berubah menjadi mimpi ngeri apabila mereka diserang oleh penduduk yang mengeluh dengan masalah air.
Kebanyakan netizen menyuarakan rasa kurang senang dengan masalah air yang menimpa negeri itu semasa sambutan hari raya.
Sebahagian keluhan itu dibalas dengan “Mohon kongsikan maklumat terperinci aduan anda kepada admin”, manakala sebahagian lagi dibalas dengan maklumat notis masalah air.
Pihak Air Kelantan turut menutup ruang komen setelah ia dibanjiri dengan pelbagai komen keluhan masyarakat mengenai masalah air.
Kelantan dan masalah air adalah sahabat baik yang mungkin tidak akan dapat dipisahkan, melainkan jika ada satu perubahan besar dalam dasar dan kepimpinan yang mampu mengubah segalanya.