Baru-baru ini tular hantaran Facebook di mana kaunter Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kosong walaupun waktu pejabat sudah bermula sehingga menyebabkan urusan pengguna itu tergendala.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akui terkejut dengan dakwaan pengguna laman sosial itu. Menjawab perkara itu, Mohd Amar, berkata kakitangan AKSB sudah ada dan ketika itu dia pergi ke tandas sebelum datang semula ke kaunter pada 9.30 pagi.

Baca Juga:

Hari ini (semalam) tular kata kaunter AKSB kosong. Saya baca dan terkejut juga, tetapi saya rujuk kepada pihak berkenaan.

“Rupanya kakitangan keluar sekejap untuk ke tandas dan kebetulan pelanggan itu datang, jadi (kaunter) kosong. Silapnya kakitangan tidak letak notis atas kaunter.

“Pada masa yang sama, dia (pengguna) datang dan buat tohmahan kata kakitangan tidak kerja sebab itu panggilan tidak dijawab serta sebagainya. Akhirnya benda ini tersebar,” katanya menerusi siaran langsung diskusi, Kelantan Maju 2028.

Mengulas lanjut Mohd Amar berkata, orang ramai pada masa ini cepat buat kesimpulan.

“Orang guna media sosial dan suka sebar tanpa semak fakta dahulu sama ada betul atau sebaliknya,” katanya.