Saingan Sepak Takraw League (CelcomDigi STL 2025) kembali menghangatkan arena sukan tanah air dengan penambahan satu lagi siri Grand Prix di Negeri Sembilan.

Perkembangan terkini itu menjadikan keseluruhan enam siri Grand Prix pada musim ini yang akan bermula pada 28 hingga 31 Ogos 2025.

Baca Juga:

Lebih menarik edisi ke-11 tahun ini tampil dengan wajah baharu apabila syarikat telekomunikasi terkemuka CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) diumumkan sebagai Penaja Utama STL 2025.

STL 2025
Kredit Foto: Sepaktakraw League

STL 2025 Semakin Menarik

Selain kehadiran penaja baru musim ini, format pertandingan Grand Prix juga masih dikekalkan, namun CelcomDigi STL 2025 tampil dengan sistem kelayakan baharu yang membahagikan pasukan kepada Kelas Satu dan Kelas Dua selepas peringkat kumpulan.

Hanya Kelas Satu layak merebut kejuaraan, manakala Kelas Dua bersaing untuk tempat kelima hingga kelapan. Format ini dijangka meningkatkan intensiti perlawanan dan memberikan lebih banyak aksi mendebarkan kepada peminat.

CelcomDigi STL 2025 akan membuka tirai dengan STL Divisyen 1 yang akan berlangsung di gelanggang baharu musim ini, iaitu di Stadium SUKPA, Pahang.

Seterusnya STL Premier akan membuka tirai di Stadium Gong
Badak, Terengganu untuk GP pertama.

STL 2025

Siri Grand Prix kedua pula akan diadakan di venue baharu iaitu Arena 9, Nilai (Negeri Sembilan) diikuti GP ketiga di Iskandar Malaysia Studios, Johor.

GP keempat akan berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur diikuti GP kelima di Stadium Indera Mulia, Ipoh (Perak), dan GP keenam di SPICE Arena, Pulau Pinang sekaligus  menjadi penutup tirai STL Premier musim ini.

Kejohanan STL Champions Cup pula akan diadakan di Iskandar Malaysia Studios pada 27 hingga 31 Ogos.