Saingan Liga Premier Sepak Takraw League (STL) 2024 bakal membuka tirainya pada 11 September ini yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.
Dengan perubahan format yang diperkenalkan pada edisi kali ini, saingan menarik dan sengit pastinya dapat disaksikan sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.
Baca Juga:
- Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Format Baharu Liga Premier STL 2024
- STL 2024: Kritsada & Treepong Perkuatkan Perak Bison Hadapi Musim Baharu
- Arteta Teruja, Mahu Cuba Bermain Sepak Takraw Di Malaysia
Seperti dilaporkan sebelum ini, juara bertahan, Perak Bison masih mengekalkan duo juara dunia, Muhammad Noraizat Nordin dan Aidil Aiman Azwawi untuk digandingkan bersama tekong import dari Thailand, Kritsada Sumwung.
Manakala bagi juara Champions Cup, Negeri Sembilan Antlers pula masih meletakkan harapan kepada keseluruhan tenaga tempatan dimana tekong skuad kebangsaan, Haziq Hairul Nizam menjadi sandaran utama bersama-sama apit kanan, Hafizul Hayazi Adnan dan Zulefendi Sumari (apit kiri)
Kuala Lumpur Thunder pula berjaya mendapatkan khidmat dua pemain kebangsaan iaitu Zarif Merican Ibrahim Merican (tekong) dan Azlan Alias dari Penang Black Panthers.
Khidmat Zarif amat diperlukan Kuala Lumpur Thunder ketika tekong berpengalaman, Syahir Rosdi sedang menjalani proses pemulihan daripada kecederaan yang dialaminya.
Manakala Penang Black Panthers yang kehilangan dua tonggak tersebut menyandarkan harapan kepada Zaim Razali sebagai pemain paling berpengalaman untuk diadunkan dengan pemain-pemain muda mereka.
Namun, Penang Black Panthers yang merupakan juara Challenge Cup membawa masuk dua pemain import, Pannaphat Rattanamat (tekong) dan Komkrit Kaewkhamjan (apit kanan).
Berikut merupakan senarai penuh barisan pemain yang bakal beraksi dalam Liga Premier STL 2024:
Perak Bison
1) Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin (Tekong)
2) Kritsada Sungvung (Tekong)
3) Noraizat Mohd Nordin (Apit Kanan)
4) Madzrul Aziq Mat Tahir (Apit Kanan)
5) Treepong Rawangpai (Apit Kanan)
6) Aidil Aiman Azwawi (Apit Kiri)
7) Muhamad Asyraaf Abdul Hadi (Apit Kiri)
Negeri Sembilan Antlers
1) Haziq Hairul Nizam (Tekong)
2) Amirul Aiman Mohd Anuar (Tekong)
3) Mohamad Hisham Mat (Tekong)
4) Hafizul Hayazi Adnan (Apit Kanan)
5) Amir Ashraf Zairol (Apit Kanan)
6) Zulefendi Sumari (Apit Kiri)
7) Noor Fame Abd Jalil (Apit Kiri)
Penang Black Panthers
1) Imran Mohd Fazli (Tekong)
2) Ikhwan Syafiq Mohamad Fitri (Tekong)
3) Pannaphat Rattanamat (Tekong)
4) Nabil Naufal Mohd Fuad (Apit Kanan)
5) Idzham Mohd Kassim (Apit Kanan)
6) Komkrit Kaewkhamjan (Apit Kanan)
7) Zaim Razali (Apit Kiri)
8) Danial Iman Hasbullah (Apit Kiri)
Kuala Lumpur Thunder
1) Zarif Merican Ibrahim Merican (Tekong)
2) Syahir Rosdi (Tekong)
3) Riezman Faizol (Tekong)
4) Azlan Alias (Apit Kanan)
5) Redwan Hakim Muhammad (Apit Kanan)
6) Sirasak Anuloon (Apit Kiri)
7) Amirul Zazwan Amir (Apit Kiri)
8) Irwan Radzuan (Apit Kiri)
ATM Guardians
1) Adam Aiman Zainol (Tekong)
2) Nazmi Mohd Najib (Tekong)
3) Ikmal Hakimi Azli Sham (Tekong)
4) Afifuddin Mohd Razali (Apit Kanan)
5) Fetri Mohd Azwadi (Apit Kanan)
6) Aidilfitri Mohd Sabri (Apit Kanan)
7) Norfaizzul Abd Razak (Apit Kiri)
8) Muhamad Umar Mohamad (Apit Kiri)
Johor Tigris
1) Chayaphon Chanakon (Tekong)
2) Hafizzudin Baharuddin (Tekong)
3) Mohd Haidhir Salleh (Tekong)
4) Mohd Syahmi Syazwan Aziz (Apit Kanan)
5) Wan Firdhaus Wan Omar (Apit Kanan)
6) Teerapat Deecharoen (Apit Kanan)
7) Farhan Adam (Apit Kiri)
8) Muhammad Lutfil Hadi Azmi (Apit Kiri)
Bomba Fighters
1) Pongsatorn Phong Udtha (Tekong)
2) Irsyad Faiz Aziz (Tekong)
3) Harith Aiman Hanizam (Apit Kanan)
4) Eqbal Shamsudin (Apit Kanan)
5) Rizani Ruzaini (Apit Kanan)
6) Shahrul Ishaqdin Md Desa (Apit Kanan)
7) Afiq Mazlan (Apit Kiri)
8) Zaim Zamri (Apit Kiri)
KPT-MASUM Knights
1) Faisal Mohd Fuad (Tekong)
2) Najmi Syahfiq Anuar (Tekong)
3) Muhmmad Amar Roslan (Tekong)
4) Khairul Hafifi Tajudin (Apit Kanan)
5) Nur Haziq Norali (Apit Kanan)
6) Amir Syahiran Mohd Fuzi (Apit Kanan)
7) Aiman Hakim Zakari (Apit Kiri)
8) Muhammad Haikal Huzaimi Abd Razak (Apit Kiri)
PDRM Defenders
1) Syahmi Hussin (Tekong)
2) Hisyammudin Mohd Nazri (Tekong)
3) Siwatbancha Seekhwa (Tekong)
4) Mohd Syukri Hasan (Apit Kanan)
5) Ridaudin Abdul Ghani (Apit Kanan)
6) Shahalril Aiman Halim (Apit Kanan)
7) Shahalril Aimin Halim (Apit Kiri)
8) Pharitat Kaewnunual (Apit Kiri)
Terengganu Turtles
1) Zulkifli Abd Razak (Tekong)
2) Teerapat Promnin (Tekong)
3) Jatuporn Taluengjit (Tekong)
4) Sutthiart Panseankaew (Apit Kanan)
5) Khairul Aman Mohd Rosdi (Apit Kanan)
6) Alif Mursyid Rosli (Apit Kanan)
7) Afif Jazimin Zainal Abidin (Apit Kiri)
8) Zulhusni Basri (Apit Kiri)
Kelantan Warriors
1) Fakhrul Akmal Mohamad Nakoin (Tekong)
2) Purachet Yodsaen (Tekong)
3) Amirul Amir Mohd Alwi (Tekong)
4) Haikal Mohamad Jamil (Apit Kanan)
5) Rusdee Leerem (Apit Kanan)
6) Muhamad Adli Abu Bakar (Apit Kiri)
7) Ahmad Badrie Amin Azmi (Apit Kiri)
Selangor Pistons
1) Zuhri Mohd Zin (Tekong)
2) Aizat Mohd Nor Azmi (Tekong)
3) Syafi Haziq Baharudin (Tekong)
4) Muslim Mohamad Ramli (Apit Kanan)
5) Nonthanan Sombatlay (Apit Kanan)
6) Shahrain Zameer Shamsuddin (Apit Kanan)
7) Arif Mohd Badri (Apit Kiri)
8) Jefri Ahmad (Apit Kiri)