Pernah anda sampai ke Kapit, Sarawak? Mungkin ada yang pertama kali dengar dan mungkin ada yang pernah dengar tapi belum berkesempatan ke sana. Jom saya kongsikan pengalaman menarik saya dan 3 orang rakan sepanjang berada di sana.
Perjalanan kami bermula di KLIA, mengambil penerbangan ke Sibu, Sarawak.
Daripada Lapangan Terbang Sibu, kami mengambil teksi ke Terminal Bot Express Sibu. Kenapa bot? Sebab sungai adalah laluan yang paling cepat untuk ke Kapit.

Harga tiket bot adalah RM 30.00. Oh ya, waktu ni belum ada GST. Harga sekarang mungkin berbeza. Hihi

Tips penting semasa memilih bot: Pilih bot yang direct ke Kapit! Sebab kami dah tersilap beli hari tu. Perjalanan yang singkat menjadi sangat panjang, sangat. Hahaha.
Dalam gambar dekat bawah, papan merah tu tulis ‘Direct’ manakala gambar satu lagi, papan tanda putih tak tulis.


Selepas beli tiket, oleh sebab bot kami lambat lagi sampai kami pergi makan dulu. Dekat terminal tu ada tawarkan perkhidmatan simpan barang. Tak payah kami nak usung beg–beg kami yang banyak. Kalau memori ingatan lemah, ambil la gambar beg-beg anda tu. Nak make sure semua ada. Hihi.
Susah nak cari kedai makan yang kurang was-was. Kami cadangkan anda makan di Islamic Nyonya Kafe. Bukan main besar logo halal dia. Haha.

Setelah menaiki bot selama masa 3 jam ++, akhirnya kami tiba di Kapit, Sarawak!
Ketika kami sampai dan senja. Saya ambil semula gambar terminal ni waktu siangnya.

Baca: 14 Tip Mengembara Ke Taman Negara Mulu Di Sarawak
6 Perkara menarik tentang Pekan Kapit, Sarawak
6. Pekannya terletak di sebelah sungai
Cara paling cepat untuk ke Kapit adalah menerusi jalan air. Barang – barang untuk membangunkan pekan Kapit ini semua di bawa melalui sungai. Awesome kan!



5. Gelanggang Kenyalang

Di sinilah port kami untuk breakfast. Boleh kata foodcourt la. Hehe.
4. Pasar Pagi

Saya cuba cari barang-barang yang pelik di pasar ni, tapi takde. Semua sama je dengan semenanjung. Cuma namanya je berbeza sebab sini guna bahasa Iban.
3. Fort Sylvia
Fort Sylvia atau Kubu Sylvia adalah bangunan peninggalan penjajah.

Kami tak berkesempatan masuk dalam kubu ni. Tapi yang menarik mengenai kubu inilah terdapat penanda aras banjir di dinding bangunan tersebut yang menunjukkan ketinggian banjir yang pernah berlaku.
Saya sangat terkejut sebab kedudukan bangunan ni sangat tinggi dari paras air sungai.

2. Roti Canai Goreng

Inilah kali pertama saya jumpa dan rasa roti canai goreng ni. Mana nak cari dekat semenanjung ye?
Rindu nak makan lagi pulak. Hahaha. Btw, rasa roti canai ni memang cenggini!
1. Internet Laju!

Sengaja saya letak internet sebagai nombor 1 sebab kekaguman saya. Sebelum sampai Kapit saya dah membuat persediaan tak dapat access Facebook dan Whatsapp.
Tapi ternyata saya silap! Laju internet di Kapit. Nanti boleh lah anda update status di FB bila sampai sini. Hihi.
Tamat perkongsian 6 perkara menarik di Kapit, Sarawak. Harap bermanfaat dan nantikan lokasi-lokasi lain yang saya akan kongsikan.
Baca lagi: 7 Aktiviti Pelancongan Unik Di Sarawak Yang Ramai Belum Tahu