Buat bakal graduan, ini berita kurang enak untuk didengari anda. 2018 mungkin tahun sukar untuk mendapatkan pekerjaan menurut Persatuan Majikan Malaysia (MEF).
Keadaan ini berlaku disebabkan sesetengah syarikat ingin mengurangkan kos operasi mereka dan berkira-kira untuk mewujudkan jawatan baharu. Oleh sebab itu, bakal graduan perlu melakukan kerja-kerja sampingan untuk meneruskan hidup.
Antara sebab yang menyebabkan masalah graduan susah mendapatkan kerja pada tahun depan.
1. Tiada pengalaman bekerja
Menurut Free Malaysia Today, bakal graduan yang tiada pengalaman berkerja agak sukar untuk diterima bekerja lebih-lebih lagi jika menuntut bayaran gaji yang tinggi. Tetapi, buat graduan IT anda mungkin bernasib baik kerana kemahiran IT masih mendapat permintaan tinggi daripada majikan.
2. Kos operasi syarikat yang tinggi
Pengenalan skim baru seperti Skim Insurans Pekerjaan Baru (EIS) dan cuti bersalin selama 90 hari bagi sektor swasta antara penyebab penambahan kos operasi syarikat.
3. Hanya 100,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada 2018
Masih ada peluang buat graduan kerana seramai 100,000 pekerja akan bersara pada tahun 2018 pada usia 60 tahun. Jadi, jangan putus asa.
4. Graduan yang betul betul berkemahiran lebih diperlukan
Menurut seorang profesor di Sunway University Business School, Yah Kim Leng bersetuju bahawa individu yang mempunyai kemahiran IT sentiasa diperlukan dalam bidang e-dagang dan ekonomi.
5. Kekosongan terhad sektor perbankan, awam, elektronik dan pembinaan
Hoo Ke Ping, seorang pakar ekonomi dan juga pengarang beberapa buku ekonomi antarabangsa menyatakan bahawa sektor awam, industri perbankan dan beberapa sektor swasta tidak mempunyai banyak kekosongan. Bahkan, industri pembinaan, elektronik dan sektor yang berkaitan seperti pengangkutan dan simen juga dilihat perlahan.
6.Perniagaan online dan food truck lebih popular
Kerajaan telah mengumunkan pinjaman untuk RM120 juta kepada 1,000 perniaga food truck 1malaysia (FT1M) melalui pembentangan pengumunkan bajet 2018 baru-baru ini. Malah, Hoo Ke Ping meramalkan lebih ramai graduan muda merebut peluang ini untuk memulakan perniagaan makanan dan minuman.
Namun begitu, kita harus percaya bahawa setiap daripada kita mempunyai bahagian rezeki masing-masing. Diharap agar para graduan tidak berputus asa mencari pekerjaan dan tidak berhenti menambah kemahiran untuk memenuhi kehendak majikan.