Terdahulu, Datuk Aishah pernah meluahkan rasa kesal kerana belum menerima sebidang tanah lot banglo seperti yang dijanjikan ketika menjadi juara program realiti Gegar Vaganza 4 (GV4) pada 2017.

Isu tuntutan tanah lot banglo terbabit dikhabarkan telah selesai selepas kes berkenaan di bawa ke mahkamah dan menang tuntutan hadiah pada tahun lalu.

Baca Juga:

Terbaharu, Datuk Aishah telah hadir ke kediaman Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa untuk menyita harta individu yang pernah menaja hadiah berupa lot tanah banglo kepadanya.

Menerusi laporan, tindakan itu diambil selepas individu itu gagal menyelesaikan isu pembayaran seperti dijanjikan dan sudah menghantar writ penyitaan kepadanya.

https://www.instagram.com/p/CwRyJX0Anjq/

Aishah juga mengatakan bahawa individu itu juga beberapa kali mengusulkan pelan pembayaran, namun, dia sendiri ingkar kepada pelan yang dibuat.

“Dipendekkan cerita, kami dapat persetujuan di hadapan mahkamah untuk pembayaran yang sudah dipersetujui kedua-dua belah pihak. Tetapi, sekiranya dia tak ikut arahan pembayaran, semuanya akan kembali kepada amaun asal yang dituntut iaitu RM300,000.” ujar Aishah.

Tambah Aishah, dia terpaksa mengambil tindakan sebegitu kerana tidak ada lagi jaminan yang dapat meyakinkannya. Apa yang berlaku membazirkan masanya dan juga masa pihak mahkamah memandangkan individu itu sudah diisytihar muflis.

https://www.instagram.com/p/CwSGdcAA1Hb/

“Kepada yang menganggap saya kejam sangat sampai menyita dan dia tengah sakit, sebelum buat tanggapan, saya minta anda jangan termakan dengan drama ‘play victim’.

“Anda kena faham, kes ini bermula daripada penghujung tahun 2017. Jadi, pada ketika itu, dia tak sakit sampailah hari ini, sakitnya baru dalam dua atau tiga bulan lalu. Jadi, tak perlu kecam saya tak berhati perut. Anda kena faham, dah hampir enam tahun,” katanya.