Ayat “Balik beli lah souvenir kat Aku” selalu kita dengar bila kita melangkah bersama buku merah. Di Jepun ‘key chain’ (KC) atau ‘freezer magnet’ (FM) berharga dalam lingkungan 350¥ sehingga 500¥ (RM12 – RM20), seketul made in China.
Itu belum harga souvenir yang rare dan unik. Bagi yang ada bajet tidak menjadi masalah. Tapi bagaimana yang tak ada bajet tetapi tak mahu melukan hati kawan-kawan yang tidak pernah sampai di sana. Ini tips dari saya untuk korang yang bajet tak berapa banyak:
DIY Souvenir
1. Key chain duit syiling 5¥
Kumpul banyak-banyak di sana dan beli barang tambahan di Daiso untuk bagi nampak cantik. Modal dalam RM10 untuk 5 key chain.
2. Freezer magnet dari daun musim luruh
Simpan daun-daun yang luruh di dalam buku dan laminate kan, letak magnet beli di Daiso. Modal RM10 untuk 20 FM. Kalau pakai Laminate mesin pejabat lagi jimat. Hahahahahhaha.
FREE Souvenir
3. Pengguna Osaka Amazing pass
Pergi ke Tsutenkaku tower (masuk percuma) sila ambil model menara yang dibuat dari kertas di depan lift tingkat 2 dan bawa balik untuk kawan-kawan.
4. Stamps kenang-kenangan
Kebanyakan tempat tumpuan pelancong dan stesen keretapi mempunyi stamps yang tersendiri. Ada kalanya di sesetengah tempat menyediakan poskad kosong atau kertas khas untuk kita cop dan jadi kan souvernir.
Ada lebih 77 station JR mempunyi rubber stamp tersendiri. Ia di letakkan di hadapan kaunter tiket atau pintu keluar utama. Anda boleh bertanya kepada staf bertugas di setiap stesen yang anda singgah untuk tahu sama ada stesen itu mempunyi stamp atau tidak. Ayat nak ditanya”eki stampu doko desuka?”
Bukan saja JR Station, malah di Tokyo Metro line station pun mempunyai stamps tersendiri. Ia diletakkan di lost&found office. Stamp juga terdapat di tempat-tempat yang menarik dan bersejarah seperti muzium dan istana.
Cop banyak-banyak tulis nama kawan anda “From Japan With Love Just For U…bla…bla…” biar nampak sweet sikit lepas tu laminate, jadikan penanda buku atau poskad. PERINGATAN: Sediakan dairi atau buku nota untuk chop stamp ni. Jangan sesekali cop di pasport anda.
Beli di Tempat yang Murah
5. Flea Market
Tempat yang paling mudah untuk dapat KC yang sangat murah walaupun jarang jumpa yang jenis I❤Japan, namun kita boleh dapat Gundam KC, Ultraman dan lain lain KC yang menunjukkan ciri ciri Jepun serendah 50¥ sehingga 100¥.
Antara yang boleh korang pergi adalah Flea Market Tokyo City Kaiba. Cara ke sana: Hamamatsucho station 》 Monoril 》 Oikeibajo-Mae Station 》 jalan kaki 5 minit.
Banyak barang dan pakaian dijual dengan harga dari 100¥. Pasar dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad.
6. Beli di kedai
Boleh cuba cari di Daiso, Don Quijote, 100¥ atau 3 coin. Kedai-kedai macam ni ada banyak menjual barang-barang yang boleh kita jadikan sesuatu sebagai souvenir dengan harga berpatutan.
Insya allah bulan Disember nanti buku saya Road To Japan bersama Jack S Adli akan siap dan sedia untuk berada di pasaran. Banyak tips ke Jepun saya kongsikan dalam buku tu.
Baca lagi: Cara Mudah Cari Penginapan Murah Di Osaka, Jepun Dan Itinerari 6 Hari Travel Di Sana