Daripada tomyam yang sedap dan pedas sehingga ke cempedak goreng, kami pasti ada sesuatu yang menjadi kegemaran anda daripada pilihan makanan tempatan di bawah, tidak kira apa saja selera anda…
Durian dalam ABC. Meleleh air liur.
Pelajar pelajar UiTM Shah Alam mesti kenal dengan ABC Fradoo Shah Alam. Terbaik
ABC kelapa. Pekena waktu panas memang sedap
Ais Kacang
Aiskrim calong, selalu dapat jumpa di taman permainan. tak tahu kenapa orang panggi calong. Any idea?
Aiskrim gula apong Sarawak. Kami belum pernah makan
Aiskrim kelapa Kelantan. Ini pun kami belum makan
Waffle coklat melayu aka apam balik coklat
Ayam golek, terkenal ketika bulan puasa
Ayam masak merah, all time favorite. Boleh jumpa masa kenduri
Ayam percik, juga terkenal ketika bulan puasa
Sekali sekala makan bubur lambuk pun sedap
Burger giant, untuk penggemar lemak tepu
Cempedak goreng ini kami tengok pun dah terliur
Cendol, orang ramai sanggup beratur panjang untuk semangkuk cendol
Orang Melaka selalu bangga dengan coconut shake klebang
Gearbox Johor. Yang ada penyakit darah tinggi boleh bawa bersabar
Tengah trending sekarang, goreng pisang cheese
Goreng pisang default tetap di hati
Jagung bakar, paling mudah nak jumpa di pasar malam
Paling banyak banyak jus, jus mangga paling power
Kaya ball, bukan kegemaran kami
Keropok lekor dan cheese tapi kami tetap suka sos asal
Ketam dan coconut milk. Kolestrol tinggi
Ketam panggang. Boleh cuba bakar sendiri
Kuih seri muka. Makan ini berseri muka setiap hari. Tipu saja
Kuih tepung pelita, kuih kegemaran kami. Setalam pun boleh habis
Laksa penang mai
Lontong, salah satu menu popular semasa hari raya
Man burger kukus lava. Sos dia macam lava
Mee bandung Johor
..lagi mee bandung
Adik beradik mee bandung iaitu mee rebus
Yang ni terbaik, mee sotong penang. Pi penang kena try
Kami pernah makan sekali di mee tarik warisan sungai besi, rating 6/10
Milo ais jadikan anda sihat dan kuat
Nak kick lagi, boleh minum Milo tabur
Nasi ayam penyet
Nasi briyani Johor
Nasi dagang Terengganu. Lama dah kami tak makan ini
Nasi goreng kampung. Nasi kegemaran para pelajar universiti
Pi penang jangan lupa pekena Nasi Kandar Penang
Pisang cheese lagi. Dalam 10 km jalan boleh jumpa 10 gerai jual goreng pisang cheese
Popiah otak-otak
Putu bambu ni boleh tahan sedap dan murah
Putu piring. Tiada kaitan dengan piring Astro
Aiskrim RM2. Boleh dijumpai di Rantau Panjang dan Pasar Siti Khadijah, Kelantan
Rendang ayam, cliche
Rojak buah
Roti jala, cicah dengan kari kambing..pergh
Sambal sotong, kegemaran kami
Sate ayam
Sate kajang, overrated?
Siput sedut, orang kata makan dekat rumah baru feeling nak sedut sedut. Tak ada orang pandang pandang
Sirap bandung 3 layer
Sirap bandung soda aka soda gembira
Sotong bakar, lapar terus kami tengok gambar ini
Sprite soda hutan bandar bistro Kuantan
Teh 3 lapis
Teh tarik madu ais, buih dia mengalahkan buih sabun basuh baju
Akhir sekali tomyam
Sudah rasa lapar belum selepas melihat gambar gambar ini? Kami sudah dan mahu cari makanan tengahari cepat hari ini. Tak tahan..
SUMBER: Twitter