Sebuah berita yang mengejutkan pada pagi ini apabila dilaporkan 69 orang dikhuatiri terperangkap serta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, Hulu Selangor.

Menerusi kenyataan Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Menurut laporan awal komander operasi, kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan.

“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar.

“Maklumat awal daripada pihak polis mendapati, terdapat 100 orang berada di tapak perkhemahan tersebut yang mungkin menjadi mangsa runtuhan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Difahamkan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) turut diaktifkan bagi penyelamatan mangsa yang masih terperangkap.

Setakat jam 5.30 pagi, seramai 31 mangsa telah ditemukan dalam keadaan selamat. Diharapkan semoga pasukan penyelamat dapat menemui kesemua mangsa sekaligus mengelakkan daripada para mangsa daripada kecederaan yang lebih serius.

Kemas kini 12.45 tengah hari: Menerusi kemas kini terbaru, dilaporkan 13 individu disahkan maut manakala 25 mangsa lagi masih dalam proses pencarian.

Sumber