Pada 16 Disember lalu negara digemparkan dengan tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor. Seramai 92 orang mangsa terjejas dalam insiden terbabit.

Kejadian yang berlaku pada jam 2.42 pagi itu telah menyebabkan mangsa-mangsa dikatakan mendengar dentuman kuat seperti guruh di kawasan perkhemahan Zon A ladang tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tanah runtuh itu secara langsung menjejaskan ketiga-tiga tapak perkhemahan, dan menghasilkan padang runtuhan 30 meter tinggi, meliputi kawasan seluas 1.21 ekar.

Semasa operasi mencari dan menyelamat dilakukan, kelihatan beberapa buah kenderaan dipercayai milik mangsa turut terjejas akibat tanah runtuh tersebut. Banyak yang rosak akibat tertimbus, dihimpap pokok, berlanggar dengan kenderaan lain semasa bergerak daripada tempat asal ekoran pergerakan tanah semasa tragedi itu berlaku.

Dalam satu rakaman video pendek yang dikongsikan Twitter @jnmalaysia, beberapa buah kenderaan yang terjejas akibat tragedi itu sudah mula dibawa keluar daripada tapak kejadian dengan menaiki trak tunda.

Rata-rata kenderaan yang dibawa keluar sudah hancur dan total lost. Impak tanah runtuh turut menyebabkan sebahagian daripadanya tidak dapat dikenal pasti lagi model kenderaan tersebut.

Netizen menzahirkan rasa simpati dan sebak mengenangkan keadaan mangsa-mangsa yang tertimbus semasa kejadian itu berlaku. Jika struktur kenderaan yang kukuh boleh hancur, inikan pula tubuh badan manusia.

https://twitter.com/msqem/status/1608709984430469121?s=20&t=H-3CLFQLEQ5wyQf-9vINqw

Terdahulu, tragedi tanah runtuh jam 2.42 pagi, 16 Disember lalu menyaksikan 92 mangsa terjejas. 31 nyawa terkorban dan 61 selamat daripada jumlah keseluruhan yang dilaporkan dalam kejadian itu.

Mayat mangsa ke-31 dan terakhir di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini, ditemui dalam beg tidur yang tertimbus dengan kedalaman 1.5 meter dalam tanah pada 24 Disember 2022, kira-kira selepas lebih seminggu operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikenali sebagai Eng Shao Qi, pelajar Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong.