India mencipta sejarah apabila berjaya melengkapkan misi penerokaan ke bulan selepas angkasa kapal negara itu mendarat kutub selatan, satu wilayah yang dikenali sebagai permukaan yang lasak dan tidak pernah diterokai oleh manusia, lapor Reuters.

Ini merupakan satu misi penting buat India bagi memastikan bahawa kedudukan mereka sebagai kuasa besar dalam industri angkasa lepas tidak digugat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saat ini tidak akan dilupakan. Ia luar biasa. Ini adalah laungan kemenangan buat India baharu,” kata Perdana Menteri Narendra Modi, yang mengibarkan bendera India ketika dia menyaksikan pendaratan dari Afrika Selatan semasa menghadiri sidang kemuncak BRICS.

Siaran langsung detik bersejarah kapal angkasa India mendarat di Bulan turut disiarkan di laman YouTube menunjukkan kejayaan ini diraikan oleh para saintis, pegawai dan rakyat kebanyakan sambil bersorak dan berpelukan di antara satu sama lain.

“India berada di bulan,” kata S. Somanath, ketua Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) ketika kapal angkasa Chandrayaan-3 mendarat, menjadikan India negara keempat yang berjaya mendaratkan kapal angkasa di bulan selepas Amerika Syarikat, China dan Rusia.

Presiden Rusia Vladimir Putin dan Pentadbir NASA Bill Nelson mengucapkan tahniah kepada India dalam mesej pendek kepada Modi.

Untuk rekod, ini adalah percubaan kedua India dalamĀ  misi mendaratkan kapal angkasa di bulan dan datang kurang seminggu selepas misi Luna-25 Rusia gagal. Ia merekodkan tontonan hampir 7 juta dalam siaran langsung di YouTube.

Sejarah hari ini merekokan India sebagai negara pertama yang mendarat di kutub selatan bulan, dan hanya negara keempat yang pernah sampai ke bulan.