Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor menegaskan 7 lagi pemain warisan bakal memperkuatkan skuad kebangsaan.

Tunku Ismail berkata demikian menerusi laman media sosial rasmi miliknya selepas pasukan negara bermula dengan langkah kanan dalam saingan kelayakan Piala Asia 2027.

Baca Juga:

Skuad kendalian Peter Cklamovski menewaskan Nepal dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim hasil jaringan dari Hector Hevel dan La’Vere Corbin-Ong.

Pemain Warisan Akan Tambah Kualiti Pasukan Negara

Pemain Warisan
Tunku Mahkota Ismail. Sumber Gambar: Malaysia NT

“Perjalanan masih jauh. Saya yakin kita akan ada kemajuan yang berterusan dan penambahbaikan dalam setiap aspek. Semalam kita boleh lihat struktur bermain yang baik, intensiti selama 90 minit amat tinggi.

“Tujuh lagi pemain warisan dari luar negara akan menambah lagi kualiti dan membantu pasukan. Yang penting pasukan negara bermain di kejohanan antarabangsa yang tinggi dan disegani.

“Ini adalah kebanggaan dan imej kita. Untuk mencapai matlamat tersebut kita harus bersatu, dan bersabar. The priority is not the speed, but the direction we heading,” kata Tunku Mahkota Ismail.

Pemain Warisan
Tunku Mahkota Ismail

Sebelum ini, Tunku Ismail mengurniakan duit raya kepada pemain negara selepas mencatat kemenangan ke atas Nepal dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Perkara ini dikongsikan oleh laman rasmi pasukan kebangsaan iaitu Malaysia NT dimana selain pemain, staf kejurulatihan dan pegawai pasukan juga mendapat duit raya.

“Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat memberikan sokongan kepada pemain-pemain skuad kebangsaan kendalian Peter Cklamovski di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam malam tadi.

“Baginda turut berkenan memberikan kurniaan duit raya kepada pemain, barisan kejurulatihan dan semua staf sokongan. Menjunjung kasih, Tuanku,” dipetik dari laman terbabit.