Bagi mereka yang gemar memburu tiket murah untuk travel ke destinasi idaman, tiket penerbangan transit antara yang sering menjadi pilihan.

Terbaru, ThisInsider.com telah berkongsi 7 lapangan terbang yang menyediakan ‘free city tour’ kepada mereka yang transit dalam tempoh beberapa jam.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Lebih menarik, 4 daripada 7 lapangan terbang tersebut adalah di Asia.

1. Incheon Airport, Seoul, Korea Selatan

Minimum jam transit:  Tidak dinyatakan. Secara asasnya, berikan minima 4 jam transit jika anda mahu sertai free city tour  yang disediakan.

Syarat lain: Bayaran masuk sebanyak $10 dikenakan untuk masuk ke istana dan untuk makan.

Ada 8 jenis ‘free city tour’:

1. 1 jam tour di dalam lapangan terbang – Incheon Airport Culture Tour.

Anda akan disambut dengan Culture Street di balai ketibaan, galeri kraf tradisional selepas kawalan sekuriti, ruang pameran dan sejarah raja Korea, pusat kebudayaan tradisional Korea dan diakhiri dengan konsert klasik.

2. 1 jam free city tour: Airport → Yonggungsa Temple → Airport

Tarikan utama : Pokok Zelkova berusia 1300 tahun.

3. 3 jam free city tour: Airport → Gwangmyeong Cave → Airport

Lebih 20 tarikan di Gwangmyeong Cave. Antaranya cave art centre, air terjun, golden palace, tasik bawah tanah, pameran sejarah moden Korea dan tapak melombong emas, perak dan tembaga sejak tahun 1912. Gwangmyeong Cave merupakan antara lokasi yang mengubah sejarah perindustrian di Korea.

4. 4 jam free city tour: Airport → Songdo Central Park → Ocean Scope → Singi Market → Airport

Songdo International Business District diinspirasikan daripada NYC Central Park, dibina di atas tanah yang ditambak semula seluas 1500 ekar.

Singi market – di pasar tradisional ini anda berpeluang melihat bagaimana oran-orang Korea menyediakan makanan mereka sama ada untuk dijual mahupun untuk dinikmati bersama keluarga.

Untuk free tour selama 5 jam ini anda diberikan 4 pilihan berikut:

5. Airport → Gyeongbok Palace → Insadong Street → Airport

Gyeongbokgung Palace adalah istana diraja terbesar yang dibina pada tahun 1395. Menjadi kediaman rasmi Dinasti Joseon, istana ini dibina 100 tahun lebih awal berbanding Kota Larangan di Tanah Besar China. Namun istana ini pernah musnah pada tahun 1592 dan berjaya dibauk pulih semula pada tahun 1865.

Insa-dong pula merupakan jalan tradisional terkenal yang menyediakan kedai-kedai antik dan barangan seni.

6. Airport → Bukchon Hanok Village → Gwangjang Market → Airport

Bukchon Hanok Village merupakan kampung tradisional Korea dengan sejarah yang panjang di antara Istana Gyeongbok dan Istana Changdeok. Terdapat banyak lorong-lorong di kampung ini dan ia dipelihara dengan baik agar anda dapat merasai kembali suasana sebagaimana 600 tahun dahulu sewaktu di zaman Dinasti Joseon.

Market Gwangjang merupakan pasar tradisional tertua dan terbesar di Korea. Terdapat 5000 kedai dan 20,000 pekerja di kawasan pasar yang seluas 42,000 meter persegi. Dianggarkan sekitar 65,000 orang berkunjung ke pasar ini setiap hari.

7. Airport → Changdeok Palace → Samcheong Dong Airport

Istana Changdeokgung adalah istana ke 2 yangdibina pada tahun 1405, tetapi turut dibakar sewaktu meletusnya perang Korea – Jepun pada tahun 1592. Dibaikpulih semula pada tahun 1609, istanan ini telah diiktiraf sebagai World Cultural Heritage oleh UNE5CO pada tahun 1997.

Samcheong-dong pula merupakan lokasi kebudayaan paling digemari di Seoul.

8. Airport → Myeongdong → Namsan Seoul Tower → Airport

Namsan Seoul Tower atau lebih dikenali sebagai Menara Namsan atau Menara Seoul, adalah sebuah menara komunikasi dan menara tinjau di puncak Namsan Mountain yang terletak di tengah-tengah Seoul. Ia juga menjadi puncak tertinggi di Seoul.

Bagi yang suka shopping, Myeong-dong semestinya menjadi lokasi yang ingin dikunjungi kerana berbagai pilihan barangan yang ditawarkan di sini.

Untuk rujukan lanjut dan masa tour diadakan, sila ke website www.airport.kr.

2. Taiwan Taoyuan International Airport, Taipei, Taiwan

Minimum jam transit: 8 jam

Ada 2 jenis free city tour:

1. Pagi : Airport → Sanxia → Yingge → Airport

Anda akan dibawa melawat Daoist Sanxia Qingshui Zushi Temple. Antara yang dapat dilihat di sini adalah Sanxia Old Street, tinggalan Dinasti Qing, senibina Jepun dan Baroque architecture.

Di Yingge Ceramics Old Street pula anda berpeluang melihat dan belajar tentang sejarah industri seramik di Taiwan.

2. Petang : Airport → Taipei 101 → Longshan Temple → Chiang Kai-shek Memorial Hall → Airport

Sesi petang akan membawa anda melihat Taipei dengan lebih dekat di Taipei 101, diikuti kunjungan ke Longshan Temple, dan akhirnya ke  Chiang Kai-shek Memorial Hall and Park.

Untuk rujukan lanjut dan masa tour diadakan, sila ke website Taiwan.net.tw.

3. Hamad Int.  Airport, Doha, Qatar

Minimum jam transit:  5 jam

Syarat lain: Free city tour hanya diberikan kepada penumpang pesawat Qatar Airways sahaja.

Terdapat 4 tour sehari. Anda akan dibawa ke 4 lokasi menarik iaitu Pearl-Qatar, Katara Cultural Village dan Museum of Islamic Arts. Setiap trip berlangsung selama 2 jam 45 minit.

Untuk info lanjut dan jadual tour sila ke website QatarAirways.com.

Saya pernah transit dan sertai free city tour di Doha Airports dan ini 8 Perkara Menarik Tentang Doha International Airport Buat Backpackers

4. Ataturk Airport, Istanbul, Turki

Grand bazaar shops in Istanbul. Turkey.

Minimum jam transit:  6 jam

Syarat lain: Free city tour hanya diberikan kepada penumpang pesawat Turkish Airlines, transit di Attarturk Airport. Terdapat 2 lapangan terbang antarabangsa di Istanbul iaitu Attaturk International Airport dan Sabiha Gokcen International Airport. Jangan salah airport pula.

Terdapat 5 tour sehari. Anda akan dibawa melawat lokasi menarik dan bersejarah di sekitar Istanbul seperti Masjid Biru, Hagia Sophia, Hippodrome Square, Grand Bazar dan beberapa lokasi lagi, bengantung kepada berapa lama tempoh tour yang disertai.

Tour paling singkat adalah 2 jam 30 minit. Tour paling lama sehingga 6 jam. Makan tengahari atau makan malam turut disediakan sebagai sebahagian daripada ‘Turkish hospitality’.

Untuk jadual tour dan info lain sila ke website TurkishAirlines.com.

5. Changi Airport, Singapura

Minimum jam transit:  5 jam 30 minit.

Syarat lain: Transit tak lebih 24 jam.

Ada 2 free city tour:

1. Heritage Tour. Anda akan dibawa melawat Little India, Kampong Glam dan Merlion Park. Merlion Park adalah lokasi patung ikonik Singapura (patung berbentuk kepala singa) ditempatkan.

2. City Sights Tour. Untuk tour ini transit minima adalah 6 jam. Antara lokasi yang dilawati termasuk Singapore Flyer, Merlion Park, dan Gardens by the Bay.

Rujukan lanjut di ChangiAirport.com.

6. Salt Lake City Airport, Salt Lake City, Utah, USA

Minimum jam transit:  2 jam

Ketika ini Salt Lake City Airport merupakan satu-satunya lapangan terbang di USA yang menawarkan free city tour. Antara lokasi yang dilawati adalah Temple Square dan Utah Museum of Contemporary Art.

Info lanjut di www.lds.org.

7. Narita Airport, Tokyo, Jepun

Minimum jam transit:  6 jam.

Ada 2 pilihan:

1. Self guided tour. Anda akan dibawa ke destinasi membeli belah dan luangkan masa di sana. Antara lokasi pilihan yang disediakan adalah Kozaki Town, Shisui Premium, AEON Mall Narita, AEON Mall Narita Tomisato.

2. Guided tour. Antara lokasi menarik yang boleh anda pilih adalah Narita City, Shibayama Town, Tako Town, dan Sakae Town.

Info lanjut di www.narita-transit-program.jp.

Selepas ini bolehlah anda jadikan 7 lapangan terbang di atas sebagai transit pilihan setiap kali terbang ke satu-satu destinasi. Inilah namanya menyelam sambil minum air. Alang-alang transit, tak salah kita rebut peluang sertai ‘free city tour’ sekali.

Secara peribadi saya pernah sertai ‘free city tour’ sewaktu transit di Doha. Walaupun hanya sekejap namun ia tetap memberikan satu pengalaman menarik buat saya.

Baca lagi: 100 Tip ‘Survival’ Sewaktu Travel Sendiri Di Turki Berdasarkan Pengalaman Saya

Sumber