Pada hari semalam tular rakaman video berdurasi lebih 1 minit menunjukkan seorang pelajar lelaki dibuli di dalam bilik.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata insiden itu disahkan berlaku di salah sebuah MRSM di utara tanah air.

Baca Juga:

Hasil keputusan siasatan Jawatankuasa Displin Maktab mendapati seramai 7 pelajar terlibat dalam insiden buli tersebut; dua orang terlibat buli fizikal, manakala lima lagi bersubahat.

Menerusi hantaran Facebook Dr Asyraf, beliau mengesyorkan kesemuanya ditamatkan pengajian dari MRSM.

“Maaf saya tidak setuju untuk diberikan peluang kedua kerana sejak dari awal saya diamanahkan sebagai Pengerusi MARA, berulang kali saya ingatkan dan tegaskan bahawa prinsip saya #YouTouchYouGo.

“Tiada kompromi dan tiada tempat untuk pembuli dan apa jua bentuk budaya buli di mana-mana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) termasuk MRSM.

“Tidak kira anak sesiapa sekalipun, Tan Sri, Datuk hatta anak orang berpengaruh macam mana sekalipun, jika terlibat dalam BULI, tindakan tegas dan keras akan diambil.

“Tidak perlu cari jalan untuk bertemu saya bagi maksud merayu. Pejabat saya tidak sesekali melayani pelaku-pelaku yang melanggar prinsip kemanusiaan seperti ini,” kata beliau.