Rumah antara tempat lepak yang best selain kedai kopi. Semua barangan anda berada di rumah. Di rumah anda rasa selamat. Boleh tidur di mana mana dalam rumah tanpa rasa takut. Lagi best kalau rumah anda lengkap dengan 7 perkara menarik di bawah. Boleh tonton filem dan drama bersiri kegemaran anda dengan puas hati.
1. Snek atau makanan yang dipesan online
Menonton filem kegemaran anda sambil menguyah makanan ringan ibarat irama dan lagu. Tidak lengkap tanpa makanan. Lagi menarik kalau fast food. Kegembiraan berganda.
2. Air berkarbonat untuk menghilangkan dahaga
Ada makanan mesti kena ada air minuman. Tiada air lain yang dapat menandingi air berkarbonat ketika menonton. Perasaan dia lain macam apabila meneguk air berkarbonat sambil menonton filem.
3. Sofa yang besar dan empuk
Anda memerlukan kerusi yang empuk apabila menonton filem untuk waktu yang lama kalau tidak boleh sakit pinggang. Nak lagi best? Dapatkan sofa yang besar dan selesa. Layan hindustan 3-4 jam pun tak ada hal.
4. TV yang berskrin besar dan paparan Ultra HD
Sebuah TV dengan paparan Ultra HD perkara wajib perlu ada kalau ingin menonton filem. Warna yang dihasilkan TV itu mesti power baru rasa best untuk menonton filem kegemaran di rumah.

Salah satu TV yang kami rasa anda perlu lihat ialah LG Super UHD TV yang baru (seperti gambar di atas). TV ini semua lengkap – ColorPrime technologi, Ultra Luminance, IPS 4K, Cinema Screen, Sound Design by Harman/Kardon dan Ultra Slim! Tidak perlu lagi ke panggung wayang berdekatan.
5. Sistem bunyi yang gempak
Kalau rasa tidak puas hati dengan bunyi standard yang dihasilkan TV, tambah sistem bunyi!
6. Kawan kawan yang menghiburkan
Jangan forever alone ajak kawan kawan menonton sekali menonton filem di rumah. have fun
7. Sambungan internet yang pantas
Internet yang laju penting untuk menonton filem di rumah. Bayangkan dengan internet yang sangat pantas anda boleh muat turun filem bluray 1080hp dalam sekelip mata. Dan juga berguna sekiranya anda melanggan servis streaming movie online.