Dalam ekonomi yang mencabar ini, mungkin kita sering ada masalah kewangan atau kesempitan duit. Jadi, cara untuk “survive”, ialah dengan berjimat cermat atau simpan duit. Setiap tips akan menunjukkan jumlah yang anda boleh jimat atau simpan.

BIL ELEKTRIK

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

1. Tutup dan cabut plug peralatan elektrik yang tidak digunakan seperti TV, Modem Internet Streamyx atau Unifi, computer, laptop. Jimat 10%.

2. Tutup lampu atau kipas yang tidak digunakan atau tidak diperlukan. Jimat 2%.

3. Untuk peralatan seperti computer atau TV, digalakkan untuk pakai Surge Protector untuk selamatkan ia dari kilat. Dapat elakkan daripada beli peralatan baru. Boleh dapatkannya di Lazada.

4. Beli peralatan elektrik yang jimat tenaga (5 Star Efficiency). Jom survey online di Lazada atau Senheng, tak payah susah-susah pergi satu-satu nak survey. Jimat 10%.

Jumlah penjimatan bil elektrik = 22% Jimat

PENGHAWA DINGIN (AIRCOND)

5. Beli Penghawa Dingin (Aircond) jenis Inverter. Boleh survey di Lazada. Jimat 5%.

6. Set suhu kepada 24 C. Jimat 5%.

7. Sebelum tidur, tetapkan ‘timer’ ikut kesesuaian dan ‘on’ kipas. Jimat 10%.

Jumlah penjimatan bil elektrik = 20% jimat
Total penjimatan bil elektrik = 42% jimat
Bil Sekarang = RM200
Bil Selepas Penjimatan = RM116!

BIL AIR

8. Tutup shower kalau tengah sabun atau gosok gigi. Tak perlu air mengalir begitu sahaja. Jimat 5%.

9. Baiki paip atau tangka bocor sebab air bertitik-titik dah boleh jadi berbaldi-baldi. Jimat 10%.

10. Isi botol minuman 1.5L dan letak dalam tangki flush toilet. Anda tak perlu guna satu tangki untuk flush sisa anda. Jimat 10%.

Jumlah penjimatan bil air = 25% jimat
Bil sekarang = RM100
Bil selepas penjimatan = RM75!

TELEFON

11. Check balik penggunaan anda setiap bulan. Buat kiraan ikut kategori – Call, SMS, Data. Adakah anda membayar servis-service berlebihan yang anda tak perlukan?

12. Postpaid atau prepaid? Pilih ikut penggunaan anda setiap bulan. Anda tak perlu bayar sesuatu yang anda tak perlukan.

13. Anda nak jimat penggunaan kredit / bill anda? Pastinya guna applikasi percuma seperti Whatsapp

Nak jimat SMS /Call – guna Whatsapp
Nak jimat data – ‘disable auto download media’ pada whatsapp, kurangkan streaming video di handphone & gunakan wifi percuma atau UNIFI sahaja.

14. Adakah anda memang perlu pakai handphone berjenama mahal seperti iPhone & Samsung? Beli mahal-mahal tapi spesifikasi rendah juga. Mari tengok cadangan dari Vocket untuk jenama biasa tetapi spec tinggi. Tak perlu beli handphone mahal-mahal lagi.

Baca: 7 Gajet Anda Boleh Dapatkan Di Lazada Dengan Harga Dibawah RM99

Dan baca: 5 Smartphone Berbaloi Anda Boleh Dapatkan Dengan Harga Dibawah RM500

15. Data plan yang anda ada tak cukup walaupun dah ambil data plan 20GB? 30GB?

Saya tak recommend pakai data di phone. Kalau setakat pakai data banyak untuk stream video, apa kata anda ambil UNLIMITED DATA UNIFI?

16. Handphone yang saya gunakan dah lebih dari 3 tahun. Kebanyakan orang tak sampai setahun, handphone dah rosak dan pecah skrin.

Rahsia saya ialah saya gunakan casing handphone bertutup penuh. Memang leceh nak buka, tapi berbaloi sebab saya tak perlu tanggung risiko handphone rosak setiap tahun. Boleh tengok case atau casing yang ada di Lazada.

17. Elakkan call atau sms kalau anda dicas menggunakannya. Sebaliknya gunakanalah Whatsapp. Malas nak save nombor orang dalam phone? Tiada masalah. Pergi google chrome, taip di url : wasap.my/6xxxxxxxxx.

Klik dan ianya akan buka Whatsapp baru dengan nombor tadi.
Senang bukan, dan jimat duit sms/call.

MEMBELI-BELAH / SHOPPING

18. Rancang awal sehari sebelum pergi membeli-belah. Semak menggunakan app Smart Shopper ada special offer atau tidak untuk item tertentu.

19. Bila dah tahu apa yang nak beli, buat list barang untuk dibeli dan ikut sepenuhnya list itu. Hiraukan apa-apa promosi dan jangan beli apa-apa yang bukan ada dalam list.

20. Makan dahulu sampai kenyang sebelum pergi ke supermarket. Kita cenderung membeli lebih banyak kalau perut kita lapar.

21. Pastikan perasaan kita tidak negative seperti sedang stress, marah, atau sedih ketika membeli belah. Selalunya bila kita stress, marah atau sedih, kita cenderung membeli-belah dengan banyak dan ikut nafsu untuk lepaskan emosi.

22. Kalau shopping list pendek, ambil bakul sahaja untuk elakkan ambil banyak barang.

23. Amalkan Teknik 30 hari untuk item yang mahal seperti TV, Handphone, Perabot, Laptop. Teknik ini ialah dengan menahan diri membeli sesuatu item selama 30 hari. Sekiranya tak sampai 30 hari anda dah lupa tentang item yang anda nak beli, bermaksudnya anda tak perlukan item itu. Teknik ini sangat power dan mampu menjimatkan banyak duit anda.

24. Amalkan Teknik 30 saat. Sama seperti teknik Teknik 30 hari cuma teknik ini lebih sesuai apabila nampak sesuatu ketika membeli-belah di supermarket. Selepas 30 saat selepas anda pergi ke seksyen lain dalam supermarket, sekiranya anda dah lupa bermaksudnya anda tidak perlukan item itu. “Jimat RM10x52 minggu = RM520 setahun”.

25. Sekali-sekala, cuba survey baju di tempat yang murah, berpatutan tapi berkualiti tinggi. Ini beberapa tempat yang saya syorkan. Berkualiti tinggi tetapi murah dan berpatutan.

Saya jimat banyak membeli di tempat-tempat begini. Saya sudah jarang membeli-belah di shopping mall sebab pakaian di sana sama bagus kualitinya dengan jenama-jenama mahal.

Pakaian: Brands Outlet, Padini, FOS, Tesco, AEONBIG, dan GIANT.
Kasut, Selipar : Bata
Tudung & Pakaian wanita : Masjid Jamek, PKNS Bangi, Pasar pagi Ahad di Stadium Shah Alam.

26. Suruh suami pergi beli barang dapur sebab selalunya orang lelaki jarang merayau. Mereka selalunya akan beli semua dalam list dan terus balik.

“Jimat RM5x52 minggu = RM260 setahun”

27. Tunggu sehingga ada jualan murah untuk barang-barang yang agak mahal seperti TV, mesin basuh, aircond, dapur. Saya pernah membeli Aircond 1HP Inverter 1RM200 sahaja termasuk pemasangan.

Harga pasaran sewaktu itu RM1600 termasuk pemasangan. Jimat RM400!  Semua item boleh tunggu sehingga jualan murah kerana produk-produk model lama akan dijual dengan harga lebih murah untuk clearance.

Cuma ada satu sahaja yang tidak boleh ditangguhkan. Pembelian rumah sebab rumah tidak akan pernah turun dan tidak akan ada promosi untuk harga rumah.

28. Tak mahu bayar 20 sen untuk plastik bagi mereka di Selangor? Senang sahaja, letakkan beberapa beg dalam kereta. Tidak perlu malu kerana sudah ramai membawa beg sendiri apabila membeli belah.

Katakan anda ke supermarket 2 kali seminggu, anda sudah menghabiskan lebih RM20 setahun. “Jimat RM20 setahun”

29. Cuba survey Mudah.my apabila anda ada keperluan nak beli sesuatu. Kadangkala ada 2nd hand item yang masih lagi elok dan nak dijual dengan harga yang murah.

30. Daftar dengan program loyalty seperti Bonuslink, Petronas Mesra, Tesco Clubcard, Watson, dan lain-lain. Pastikan anda daftar program-program yang anda rasa anda guna sahaja.

Contohnya kalau supermarket yang dekat ialah Tesco, dan anda selalu membeli belah di sana, tak perlulah anda daftar kad AEON, daftarlah Tesco Clubcard.

Diingatkan ada program yang percuma, ada yang berbayar sekali seumur hidup, dan ada yang berbayar tahunan. Kalau anda sering membeli di situ, tak salah bayar sedikit pun sebab dari pengalaman saya, setahun point yang terkumpul lebih banyak nilainya dari bayaran yang dkenakan (kalau bagi program berbayar).

MAKAN

31. Cuba bawa bekal ke pejabat, elakkan makan di luar sebab kebanyakan masa kita adalah di pejabat, jadi dengan bawa bekal, kita boleh jimat banyak.

32. Hadkan satu lauk sahaja setiap hidangan. Contohnya, lauk ayam dan satu jenis sayur sahaja. Atau lauk ikan dan satu jenis sayur sahaja.

33. Hadkan membeli makanan segera atau restoran mahal. Cuba sekali seminggu, seterusnya 2 kali seminggu, dan akhirnya sebulan sekali. Anda akan rasa nikmat makan di sana kalau-kalau jarang pergi (macam mengidam lama la).

34. Kalau makan di luar, elakkan order air manis atau berperisa. Order air kosong sahaja. Teh O Ais RM1. RM1 x 365 hari = RM365 Jimat!

35. Berhenti minum kopi jenama mahal (tak perlu beritahu), sebab tak perlu stailo nak menunjuk pada orang yang kita ni minum air kopi mahal.

Selalunya minum kopi mahal ni nak menunjuk sahaja sebab kadang-kadang air kopi dah habis pun masing ke sana sini dengan gelas kosong tu. Satu kopi dah RM20. RM20 X 10 hari X 12 Bulan = jimat RM2400!

HIBURAN & TV & RIADAH

36. Adakah anda rasa anda perlu langgan rancangan TV seperti Astro/Netflix/IFLIX?

Cuba kira berapa kali anda tengok rancangan TV?

Hari kerja – Selepas solat isyak. Pukul 8.30pm – 10pm. (1.5 jam sahaja).

Hari Sabtu – Tolak solat, tolak makan, tolak riadah (9am – 1pm, 2pm – 5pm, 8pm – 1am) = 12 jam sahaja.

Hari Ahad – Tolak solat, tolak makan, tolak riadah (9am – 1pm, 2pm – 5pm, 8pm – 10pm) = 9 jam sahaja.

Seminggu anda cuma ada 22.5 jam sahaja untuk rancangan TV.

Sebulan anda cuma ada 90 jam sahaja untuk rancangan TV bersamaan dengan 3.75 hari sahaja.

Mengikut kiraan di atas, mari kita lihat berapa cas langganan sebulan dan nilai harian yang anda dapat untuk servis hiburan ini

Astro (Pek Melayu) – RM56.08 (RM14.90 sehari)
Astro (Superpek Sukan) – RM154.76 (RM41.30 sehari)
Netflix – RM33 (RM8.80 sehari)
iFlix – RM10 (RM2.66 sehari)

Jadi anda rasa anda boleh jimat lagi? Nak Free?

37. TV1, TV2, TV3, TV9, NTV7, 8TV, ALHIJRAH

Analog – Boleh pakai aerial
Digital HD Kualiti – Boleh digunakan oleh TV yang ada DVB-T2.

38. Tonton.com.my – Percuma sahaja, dan daftar login.

39. Astro on the go – Cuba tanya kawan-kawan yang ada astro, dan pinjam atau sewa murah-murah untuk guna akaun astro mereka. Satu akaun astro on the go boleh digunakan maksimum pada dua device.

40. Android Box – Boleh install KODI & beberapa app untuk tengok rancangan TV Local & International. Boleh google-google cari apa app nak install. Yang penting perlu ada UNLIMITED DATA UNIFI. Check pakej UNIFI di sini

41. Terakhirnya, anda boleh tengok pelbagai rancangan TV melayu dan english di internet terus. Cuma kena pandai cari website.

42. Jadi, adakah anda rasa anda perlu bayar untuk tengok rancangan TV selama 3.75 hari sahaja dari 30 hari sebulan?
Jom tengok berapa anda boleh jimat setahun kalau anda batalkan servis-servis ini

Astro (Pek Melayu) – Jimat RM672.96!
Astro (Superpek Sukan) – Jimat RM1857.12!
Netflix – Jimat RM396!
iFlix – Jimat RM120!

43. Adakah anda perlu keluar tonton wayang setiap minggu? Anda boleh cuba alternatif di atas. Tiket wayang – RM15. RM15 x 4 kali seminggu x 12 bulan = Jimat RM720!

44. Elakkan pergi ke gym yang mengenakan bayaran keahlian bulanan kalau anda bukan pergi hanya sekali dua sahaja seminggu. Pilih untuk gym yang cas per entry.

45. Cuba elakkan diri untuk release stress di shopping mall atau tempat-tempat berpotensi habis duit seperti uptown dan pasar malam.

Sebaliknya pilih untuk ke taman tasik, masjid, perpustakaan, memancing. Cuba pilih hobi atau venue yang baru yang tidak perlukan kos yang tinggi atau zero kos.

46. Batalkan langganan atau jangan beli suratkhabar atau majalah, sebaliknya baca sahaja secara online. Ada banyak website dan app yang anda boleh gunakan dan anda boleh pilih niche berita atau artikel yang anda minat.

Berita / News : Agenda Daily, The Star, Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia, Astro Awani, Mstar.

Kewangan : The Edge, Compare Hero, iMoney, Ringgit Oh Ringgit, Ringgit Plus

Property : Propertyguru News, Star Property, The Edgeproperty

Tarik-tarikh penting & pengumuman – My Sumber, Panduan Malaysia

Mobile & technology : Soya Cincau, Amanz

Gosip & trending terkini : Kita perlu juga JIMAT MASA dan tidak perlu ambil tahu tentang gosip tetapi perlu tambah ilmu kita dalam kewangan dan isu semasa.

BANK & PINJAMAN & BIL LAIN

47. Bayar pinjaman atau kad kredit sebelum due date untuk elakkan interest. Ada 2 kesan membayar lambat atau skip bayaran

(a) Late interest charge (kebanyakan kes RM30 sekali lambat, ini average)

(b) Interest boleh berubah sekiranya sering skip bayaran. Kesannya tempoh pinjaman menjadi lebih lama dari sepatutnya (dari 3% naik 4% naik 5% dan seterusnya)

48. Elakkan dari terlupa atau tak sempat nak bayar dengan menggunakan online. Anda boleh bayar pinjaman ke bank lain walauapun sistem online yang anda pakai bukan bank yang sama. Cuba tanya bank anda bagaimana nak buat bayaran online.

49. Tutup mana-mana akaun bank yang anda jarang pakai. Setiap bank selalunya akan kenakan cas tahunan RM12 untuk servis kad ATM.

50. Kalau anda memang dah tak nak pakai kad kredit dan mohon pinjaman lain, anda boleh selesaikan tunggakan kad kredit dan pinjaman dengan satukan kesemuanya dalam satu pinjaman.

51. Semak bil-bil bulanan anda. Kemungkinan ada cas-cas yang anda tidak sepatutnya bayar. Saya pernah dengar ada satu kes seorang pengguna telco di cas tambahan sehingga RM300 setiap bulan untuk servis yang dia tidak guna!

52. Anda belum ada simpanan pendidikan untuk anak-anak masuk ke universiti atau kolej? Jangan risau, mulakan awal, boleh daftar dengan SSPN-i.

MEROKOK

53. Ini adalah kunci paling utama untuk jimatkan duit anda.

Sekotak rokok : RM12 (tahan 2 hari sahaja)
Sebulan : RM180
Setahun : RM2160 Jimat!

RUMAH

54. Anda duduk rumah sewa? Ukur jarak dari tempat tinggal anda sekarang dengan tempat kerja? Jauh atau tidak? Berapa anda sewa sekarang? Adakah anda akan lebih jimat kalau beli rumah sendiri?

Contohnya, apartment

Anda sewa : RM800 sebulan
Harga pasaran apartment sekarang : RM150,000

Berapa installment kalau beli apartment itu?
Cara kiraan kasar 100k = RM500 bulanan , 200k = RM1000 bulanan, 300k = RM1500 bulanan

Jadi untuk apartment RM150k = RM750 sebulan
Anda dah jimat RM50!

Mungkin anda rasa tak banyak RM50 sebulan tetapi anda juga perlu tahu kebanyakan tuan rumah selalunya akan menaikkan kadar sewa 2 tahun sekali atau kemungkinan menjual rumahnya pada org lain.

Anda mungkin tak akan dapat kadar sama kalau berpindah di unit yang baru kerana owner akan kenakan penyewa baru dengan kadar sewa semasa.

Tetapi soal membeli rumah bukan senang kerana anda perlu menyediakan duit 10% untuk deposit, 3% untuk lawyer dan stamp duty, dan 2%-3% untuk perjanjian bank dan insurans.

Dalam kes atas anda perlu menyediakan dalam 16% =RM 24k

Cara yang saya boleh cadangkan, buat muka tebal, dan menumpang selama 2 tahun di rumah keluarga atau saudara mara berdekatan tempat kerja anda secara percuma. Beritahu masalah anda dan sponsor sedikit duit dapur atau bil elektrik atau air.

2 tahun sekejap sahaja, anda cuma perlu tahan dalam tempoh waktu itu sahaja.

Anda Jimat RM800 sebulan = RM800 x 24 = RM19.2k

Jadi anda cuma kurang dalam 5k sahaja yang saya pasti dengan anda berjimat kategori lain, anda boleh dapatkan 5k itu.

55. Anda duduk rumah sendiri? Rasa installment rumah membebankan?

Anda rasa terbeban nak bayar installment tinggi setiap bulan?
Contohnya RM800 sebulan

Anda sebenarnya tidak perlu gunakan duit gaji anda pun untuk membayar ansuran bulanan rumah. Sekiranya kalau anda check duit KWSP Akaun 2 anda masuk 300 sebulan, anda boleh gunakan duit yang masuk itu untuk membayar installment bulanan anda. Boleh check di sini.

Jadi anda cuma perlu guna duit RM500 sahaja sebulan berbanding RM800.

56. Anda juga boleh menggunakan duit KWSP untuk membeli rumah tanpa menumpang rumah keluarga atau saudara mara.

Pastikan anda sudah tahu berapa harga pasaran rumah yang ada rancang nak beli. Semak berapa duit dalam KWSP Akaun 2 anda ada.

Kalau cukup 16% yang diperlukan untuk membeli rumah, cuba semak dengan ibubapa, atau keluarga yang ada sejumlah duit itu untuk pinjam sementara. Berikan statement KWSP anda sebagai bukti anda mampu membayar balik duit mereka.

Andai kata duit dalam KWSP belum mencukupi, anda boleh check DI SINI untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk menyelesaikannya.

KERETA

57. Rancang perjalanan anda, elakkan pandu kereta dalam kesesakan sekiranya tidak perlu.

58. Pastikan angin tayar optimum dan buat balancing dan allignment berjadual.

59. Elakkan isi penuh untuk kurangkan beban kereta, dan kurangkan beban dalam kereta.

60. Pandu dengan kelajuan rata (tidak pecut) untuk jimatkan minyak.

61. Tutup enjin sekiranya berhenti lama & tutup aircond sekiranya cuaca tidak panas.

62. Sekiranya kereta anda kereta dah berusia dan perlukan banyak penggantian alat ganti, dan selalu breakdown, itu petanda anda sudah perlu bertukar kepada kereta baru.

CUKAI

63. Anda jarang dapat balik semua duit yang anda kena tolak cukai setiap bulan? Kadang-kadang selepas tolak dengan KWSP dan Insurans, masih ada dalam 1k – 2k yang anda tidak dapat claim balik.

Ya, anda memang tak boleh claim balik duit itu tetapi anda boleh dahulukan duit anda dan bayar zakat pendapatan yang wajib atas setiap muslim.

Kemudian anda boleh claim balik duit itu dari e-filling. Sekurang-kurangnya duit lebihan itu tidak pergi kepada kerajaan semata-mata tetapi pergi kepada bayaran zakat kita.

Jadi tiada alasan lagi untuk anda tidak menunaikan rukun islam ke-4.
Mana anda pilih – Zakat (Rukun Islam) atau Kerajaan? Anda ada 2 pilihan sahaja.

DI RUMAH

64. Jangan buang makanan lebihan, simpan dan panaskan balik, jimat untuk sarapan.

65. Cuba buat deko DIY sendiri untuk jimatkan kos.

66. Jual semua barang yang anda tak perlu di Mudah.my. Jangan buang sebab kadang kala ada item tidak disangka-sangka ada orang ingin beli.

67. Sewakan bilik yang tidak digunakan kepada tetamu sekiranya ada bilik yang tidak digunakan di AirBnB dan Mudah.my.

SIMPANAN

Buat Tabung-tabung di bawah untuk simpanan

68. Tabung 1 – Simpan duit RM1 sehari bila balik kerja. – RM365 setahun.

69. Tabung 2 – Jangan guna duit RM5 dan balik kerja simpan dalam tabung/sampul.

70. Tabung 3 – Simpan setiap minggu tambahan RM2 setiap minggu. Minggu 1 = RM2, Minggu 2 = RM4, Minggu 3, RM6, dan seterusnya. – RM2756 setahun.

71. Tabung 4 – Simpan semua syilling dalam satu tabung.

72. Tabung 5 – Duit OT, Duit Bonus.

73. Pilih dan tandakan keempat-empat tabung itu – Kecemasan, Bercuti, Raya, Roadtax.

74. Jadi anda tak perlu sakit kepala sekiranya perlu duit untuk kecemasan, bercuti, raya, atau renew roadtax. Senang dan tak sakit kepala bukan?

MARI KITA LIHAT BERAPA KITA BOLEH JIMAT & SIMPAN DALAM MASA SETAHUN. Berdasarkan kiraan kita di atas, berikut hasilnya

Penjimatan

  • Bil Elektrik : RM84 x 12 = RM1008
  • Bil Air : RM25 x 12 = RM300
  • Astro (pek melayu) = RM672.96
  • Rokok = RM2160
  • Tidak order air manis ketika makan = RM365
  • Tiket Wayang = RM720
  • Guna Teknik 30 saat = RM520
  • Tidak guna beg plastik = RM30

Tabungan duit

  • Tabung duit RM1 = RM365
  • Tabung duit RM2 berganda = RM2756

Kita tidak ambil kira duit OT, Bonus sebab tabung itu akan digunakan untuk membayar roadtax, raya, an kecemasan.

JADI TOTAL PENJIMATAN + TABUNGAN = RM8,896.00 SETAHUN!

KALAU ANDA BERDISIPLIN DAN AMALKAN TIPS DI ATAS,
DALAM MASA 5 TAHUN, ANDA AKAN ADA = RM44,484.

SIMPANAN ANDA DAH BANYAK, NAK BUAT APA?

1. Boleh pilih pelaburan selamat seperti ASB, Tabung Haji
2. Komoditi seperti beli Emas
3. Equity seperti beli saham dan unit trust
4. Property

Lebih awal anda melabur, lebih cepat duit anda bekerja untuk anda, lebih cepat anda capai kebebasan kewangan.

Beli apa yang perlu, jual apa tidak perlu, tidak perlu menunjuk, simpan dan labur untuk masa depan. Cari pendapatan lebih atau kerja part time.

ANDA NAK CARI PENDAPATAN TAMBAHAN?

Jadi ejen.

Ejen Unifi : Komisyen sehingga RM100 untuk setiap pelanggan.
Ejen Topup & Bayar Bil : Komisyen sehingga 4%.
Ejen Kereta : Komisyen sehingga RM500 untuk setiap kereta yang dijual.

Baca lagi: Lubuk Perabot Murah Di China, Saya Jimat Ribuan Ringgit Di Sini