Shopee Malaysia baru sahaja mengadakan sidang maya berhubung masa hadapan platform e-dagang dengan influencer di Malaysia bersama kumpulan komuniti.

Menerusi forum tersebut, didapati 75% pengguna akui mengikuti video tutorial influencer dalam membantu mereka menyelesaikan masalah dan mengetahui lebih lanjut akan pengetahuan pembelian produk. Hasil kajian ini secara langsung memperlihatkan penyertaan influencer di Malaysia semakin berkembang.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: followmetoeatla

Malah, kini influencer menjadi rujukan buat pembeli dalam talian. Situasi ini dapat diperlihat menerusi segmen Shopee Live yang menunjukkan 27% daripada pembeli Shopeee gemar menjadikan medium tersebut sebagai pendidikan dan hiburan untuk mereka.

Sumber Gambar: Malaysiakini

Menariknya, panel influencer di bawah All Stars Shopee Live turut berkongsikan pihak mereka bukan sekadar mengulas akan penggunaan produk atau berkongsi berkaitan ganjaran bahkan memastikan respon yang diberi kepada pengguna bertepatan dan telus. Ini bagi menjamin keyakinan pengguna pada pembeliannya dalam jangka masa panjang.