Kejohanan Liga Perak Sejahtera bagi merebut Piala Menteri Besar 2024/25 yang bermula pada 3 Januari lalu bakal memasuki saingan suku akhir, minggu hadapan.
Sebanyak 14 pasukan yang merupakan ahli gabungan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) itu dibahagikan kepada empat kumpulan dan beraksi di empat zon berbeza.
Baca Juga:
- Liga Perak Sejahtera: 14 Pasukan Adu Kekuatan Rebut Piala Menteri Besar 2024/25
- Selepas Bola Sepak, Trio Bekas Pemain Perak Ini Ceburi Perniagaan Makanan
- JPJ Perak Raih RM2.37 Juta, Nombor Plat ‘ANU 1’ Dibida RM269,000
Juara Piala Menteri Besar Perak 2024/25 bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 berserta piala pusingan dan medal manakala naib juara membawa pulang RM7,000.

Seperti dilaporkan sebelum ini, kejohanan tersebut melibatkan Kerian, Larut Matang & Selama dan Persatuan Bolasepak Melayu Perak di zon 1 manakala Pengkalan Hulu, Lenggong dan Gerik berada dalam zon 2.
Zon 3 pula menyaksikan persaingan antara Batang Padang, Ipoh, Kampar dan Muallim sementara zon 4 dibarisi Bagan Datuk, Hilir Perak, Kg. Gajah dan Manjung.
Berikut merupakan lapan pasukan berjaya melepasi peringkat kumpulan untuk beraksi dalam saingan suku akhir:
Piala Menteri Besar 2024/25
Zon 1
Juara Kumpulan – Kerian
Naib Juara Kumpulan – Larut Matang & Selama
Zon 2
Juara Kumpulan – Gerik
Naib Juara Kumpulan – Pengkalan Hulu
Zon 3
Juara Kumpulan – Ipoh
Naib Juara Kumpulan – Batang Padang
Zon 4
Juara Kumpulan – Hilir Perak
Naib Juara Kumpulan – Bagan Datuk
Aksi suku akhir akan berlangsung pada 21 Februari nanti manakala separuh akhir pula diadakan 22 Februari dan perlawanan akhir berselang sehari kemudian.
Kesemua perlawanan yang menarik untuk disaksikan itu bakal berlangsung di Stadium Mini Bunga Raya, Lenggong.