Semua orang bekerja. Bekerja sebenarnya bagus untuk diri anda tetapi jika anda terlebih bekerja, itu tandanya sesuatu benda akan menjadi buruk. Anda pernah terlebih bekerja? Mari kita lihat tanda di mana kita perlu berehat atau bercuti daripada bekerja.
- Anda melakukan kesilapan-kesilapan kecil
Anda pernah membuat semakan terhadap laporan kerja yang anda lakukan dan anda terjumpa kesilapan menaip di dalam laporan ataupun kita kenal sebagai typo? Atau lebih buruk lagi bos anda yang menjumpai kesilapan typo anda? Apabila kita terlebih bekerja, otak kita akan berhenti memberi perhatian dikala kita perlukannya. Hasilnya, kesilapan-kesilapan kecil akan dilakukan oleh anda di mana anda tidak pernah lakukan selebumnya (typo eh?). Semua orang ada pengalaman terlebih bekerja dan kesilapan kecil sering berlaku di mana sahaja. Sekiranya ianya berlaku kepada anda, inilah masanya untuk anda berehat daripada bekerja.
- Anda berasa berat ke tempat kerja
Anda pernah sampai ke tempat kerja di awal pagi, duduk di kerusi anda, lihat to-do list anda, dan anda ingin menangis melihatnya? Itu tandanya anda terlebih bekerja dan anda perlukan rehat dengan bercuti ke pantai Teluk Bahang dan bersukan secara pelik. Eh? Walaupun hari itu merupakan hari bekerja yang biasa tetapi anda masih berperasaan berat ke tempat kerja, itu tandanya anda perlukan rehat.
- Anda berasa penat sepanjang masa
Anda berjalan ke tempat kerja anda dan anda berasa tiba-tiba ingin tidur di dalam almari mahupun bawah meja pejabat, itu tandanya sudah cukup bagi anda. Bila anda bekerja terlalu lama tanpa rehat , anda akan sentiasa berasa dalam keadaan penat. Ini juga merupakan salah satu punca kesilapan kecil boleh berlaku seperti dinyatakan sebelumnya. Pekerja yang mendapat rehat secukupnya merupakan pekerja yang gembira dan anda perlukan rehat untuk berasa gembira.
- Anda panas baran
Akan tiba masa bilamana tindakan biasa pekerja bawah anda mendatangkan rasa marah kepada anda. Perkara yang dilakukan adalah perkara harian yang dilakukan oleh anda tapi anda seperti tidak dapat menerimanya secara normal. Jika ini adalah sikap anda, dapatkan kelulusan bercuti secepat mungkin.
- Anda hadapi insomnia
Bila anda fikirkan tentang beban kerja, berasa marah, dan terlalu memikirkan tentang kesilapan yang terjadi, anda berada dalam keadaan stress sebenarnya. Ini akan membawa kepada anda tidak cukup tidur, lalu anda menghidap insomnia. Ini akan menghasilkan sifat seperti kita bincangkan di atas kerana tidur yang cukup dan rehat yang sempurna adalah penting bagi seorang pekerja.
- Anda tidak boleh focus
Anda banyak habiskan masa bermain game ataupun melayari social media di smartphone anda? Anda melihat skrin komputer dan nampak tulisan di skrin seperti kabur? Fokus adalah penting untuk hasilkan kerja yang baik dan sekiranya anda bermasalah untuk fokus, hasil kerja anda tentulah tidak baik. Ini menunjukkan prestasi kerja anda dan orang lain akan menilai anda tidak membuat kerja dengan baik. Tolong diri anda dengan mengambil cuti berehat.
- Anda tiada motivasi
Bila anda rasa baik anda akan bekerja bersungguh-sungguh dan lakukan yang terbaik. Bagaimana kalau mood anda tidak baik pula? Sekiranya anda berasa hilang motivasi untuk bekerja disebabkan terlalu banyak beban kerja yang anda hadapi, anda perlu ambil masaberehat.
- Anda tiada impian
Setakat ini kes yang paling teruk sekali adalah kekurangan cita-cita. Anda mungkin tidak memikirkan matlamat jangka panjang anda lagi kerana anda memberi tumpuan kepada pekerjaan sehari-hari. Impian anda untuk bergerak ke atas tangga syarikat atau mencari pekerjaan impian anda kelihatan seperti impian yang jauh. Jika keutamaan anda telah jauh terpesong, anda perlu mengambil masa keluar untuk pergi belajar semula apa yang anda benar-benar mahu.
Apabila tiba masanya untuk berehat seketika dari kerja, anda ambil sahaja masa untuk berehat. Pergi ke tempat kerja setiap hari adalah penting tetapi mengambil rehat sekali-sekala adalah sama penting. Jangan teragak-agak mengambil sedikit masa jika ia bermakna dan anda akan menjadi pekerja yang lebih baik pada kemudian harinya.