Aplikasi TikTok kini makin digunakan secara meluas dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika dahulu ramai yang berasa skeptikal dengan aplikasi tersebut tetapi kini ia menjadi antara media sosial kegemaran ramai disebabkan konten berilmiah yang dimuat naik pengguna di aplikasi tersebut.

Terbaharu, pengguna TikTok @bossroyston telah memuat naik sebuah video yang mengandungi unsur nasihat iaitu sebagai pekerja haruslah komited bekerja sehingga habis waktu bekerja walaupun mempunyai kecemasan seperti ibu bapa sakit di hospital.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Video TikTok tersebut tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan konten tersebut dan mengecam nasihat yang diberikan agar jalankan tanggungjawab pada syarikat ketika waktu pejabat walaupun ada ahli keluarga yang sakit.

https://twitter.com/sparklynatasha/status/1374024866681167874

https://twitter.com/nicshields/status/1373785936438304774

Malah, para netizen turut mengatakan bahawa tidak sewajarnya pekerja ditahan di tempat kerja jika berlaku kecemasan di rumah. Jika berlaku seperti itu, rata-rata netizen menasihatkan agar berhenti kerja kerana pekerjaan boleh dicari tapi tiada gantinya nyawa yang tersayang.

Menurut tinjauan di TikTok, video tersebut telah dipadam disebabkan menerima kecaman daripada netizen. Apakah pendapat anda akan isu ini jika ia terjadi dalam kehidupan anda?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Beri Keterangan Palsu Untuk ‘Berbulan Madu’, Pasangan Instafamous Ini Bakal Dikompaun

Cawangan Pertama Taco Bell Malaysia Akan Dibuka Secara Rasmi 2 April Ini