Kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan seramai 80,000 penjaja dan peniaga di negeri itu akan menerima bantuan wang ringgit sebanyak RM500.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Amirudin Shari melalui Pakej Selangor Prihatin Covid-19 seperti dilaporkan portal SelangorKini.
Bukan sahaja menerima bantuan wang tunai, tetapi peniaga-peniaga ini juga menurutnya akan dikecualikan sewa selama sebulan bagi membantu mereka terutamanya dengan perintah kawalan larangan yang kini sedang berkuatkuasa.
Khusus buat penjaja dan peniaga berlesen yang menerima kesan wabak Covid-19, Kerajaan Negeri memberi insentif khas berjumlah RM 500 kepada 80,000 peniaga / penjaja. Ini bagi mengurangkan beban mereka di saat getir ini. Bantuan ini berjumlah RM 40 juta #SelangorGempurCovid19 pic.twitter.com/zT5MDbIhkt
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) March 20, 2020
Pakej itu menurutnya bukan sahaja menumpukan kepada peniaga sahaja tetapi golongan lain seperti petugas hospital dan pelajar juga akan menerima bantuan daripada kerajaan negeri.
Melalui pakej itu, semua petugas hospital di Selangor dilaporkan akan menerima bantuan RM200 seorang bagi membantu mereka menghadapi pandemik COVID-19.
Manakala pelajar dari Selangor yang kini sedang menuntut di Sabah dan Sarawak turut diberikan bantuan wang tunai RM200.
Selain itu, pelajar di UNISEL, KUIS dan Kolej INPENS yang tidak pulang ke kampung pula diberikan bantuan makanan percuma bermula 22 hingga 31 Mac.
Baca perkongsian kami mengenai situasi terkini COVID-19 di negara kita. Klik pautan di bawah untuk membaca.
PM Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’ Untuk Putuskan Rantaian COVID-19
5 Pencapaian Cemerlang Negeri Selangor Di Bawah Pimpinan Amirudin Shari
CCTV Dengan ‘Face Recognition’ Bakal Bantu Kurangkan Jenayah Di Selangor