Hari ni ada orang minta untuk buatkan 1 mini studio. Katanya senang nak ambil gambar untuk sebarang pemasaran produk.

Buat peniaga online, hari ni saya nak kongsikan cara buat studio mini dengan hanya mengunakan kotak polisterin kek Baskin Robbins. Dari dok buang saja, boleh buat marketing kan. Haha.

Bahan-bahan:
1. Kulit buku log terpakai
2. Sekeping kertas A4 paling nipis
3. Lampu
4. Kotak polistrin Baskin Robbins
5. Dan alat yang sesuai untuk kerja memotong dan menampal

Cara-cara:

Langkah 1

9 Langkah Mudah Hasilkan Sendiri Studio Mini Daripada Kotak Kek Baskin Robbins

Potong kulit buku log seperti saiz yang diberikan.

Langkah 2

9 Langkah Mudah Hasilkan Sendiri Studio Mini Daripada Kotak Kek Baskin Robbins

Kemudian tampal kertas A4 paling kecil gsm untuk dijadikan sebagai pembias cahaya (macam dalam gambar guna kertas balut kasut je). Cardboard potong sama macam saiz ni.

Langkah 3

9 Langkah Mudah Hasilkan Sendiri Studio Mini Daripada Kotak Kek Baskin Robbins

Masukkan kertas cardboard ke dalam. Dan lekatkan dengan double tape.

Langkah 4

9 Langkah Mudah Hasilkan Sendiri Studio Mini Daripada Kotak Kek Baskin Robbins

Lampu boleh pakai jenis camping downlight. Tampal je pakai double tape. Lampu dalam gambar ni sebenarnya beli di kedai Eco RM2 je. Haha.

Langkah 5

9 Langkah Mudah Hasilkan Sendiri Studio Mini Daripada Kotak Kek Baskin Robbins

Masukkan board refraction light tadi. Letak je di lekuk polisterin Baskin Robbins. Kalau betul-betul ikut saiz yang saya nyatakan sebelum ni, memang muat lah.

Langkah 6

9 Langkah Mudah Hasilkan Sendiri Studio Mini Daripada Kotak Kek Baskin Robbins

Siap. Dah boleh testing out mini studio ni.

Langkah 7

9 Langkah Mudah Hasilkan Sendiri Studio Mini Daripada Kotak Kek Baskin Robbins

Tada. Kita pinjam mainan anak sedara dulu.

Langkah 8

9 Langkah Mudah Hasilkan Sendiri Studio Mini Daripada Kotak Kek Baskin Robbins

9 Langkah Mudah Hasilkan Sendiri Studio Mini Daripada Kotak Kek Baskin Robbins

Lagi hasil selepas snap gambar di dalam studio mini.

Langkah 9

9 Langkah Mudah Hasilkan Sendiri Studio Mini Daripada Kotak Kek Baskin Robbins

Studio mini ni boleh tutup dan bawa ke mana sahaja macam biasa. Cuma elakkan bawa jumpa member. Takut ada yang kecewa sebab isi dalam bukan kek. Haha.

Baca lagi: 9 Tip Ambil Gambar Dengan Kamera ‘Smartphone’ Anda Untuk Hasil Seperti DSLR