Kehangatan Anugerah Juara Lagu 34 masih lagi terasa dan tahniah diucapkan kepada Naim Daniel kerana berjaya merangkul gelaran juara semalam. Bagi anda yang menyaksikan persembahan setiap peserta, pasti dapat melihat kreativiti para peserta menyampaikan lagu mereka.
Sebut tentang kreativiti, cukup menarik perhatian netizen makeup yang ditampilkan oleh Aepul iaitu vokalis kumpulan Drama Band. Mana tidaknya, makeup beliau kelihatan ‘real’ seperti watak Ryuk dalam Death Note.
https://youtu.be/DcYPVMmSdek
Bagi anda yang tidak tahu, Death Note merupakan siri Manga terkenal dan juga telah diadaptasi menjadi filem dan drama. Watak Ryuk dalam Death Note adalah seperti syaitan kematian.
Pasti anda tertanya-tanya siapa orangnya yang berjaya menghasilkan makeup sfx yang kelihatan ‘real’ seperti itu? Untuk pengetahuan anda, makeup tersebut dihasilkan oleh seorang yang cukup berbakat iaitu Aqira Azlah.
Alhamdulillah for tonight ! thank you Drama Band for having me !! btw tu bukan topeng yea, tu fully makeup sfx A-Z by me @aqirazlah hehe #AJL34 pic.twitter.com/QczGzWNhLe
— Aqira Azlah (@aqirazlah) February 9, 2020
Difahamkan sebulan sebelum anugerah ini berlangsung, pengurus Drama Band iaitu Elmi telah mencari makeup artist untuk berkolaborasi menghasilkan makeup sedemikian di Twitter. Elmi berjaya menemui Aqira Azlah melalui cadangan pengguna-pengguna Twitter.
Hi korang.
Seperti yang diketahui umum, @DramaBandMY akan beraksi dipentas AJL bulan hadapan.
Kami sedang mencari makeup artist yang boleh buat effect seperti contoh gambar dibawah ini dan sudi bekerjasama dengan kami.
Boleh hubungi saya jika berminat! Terima kasih! pic.twitter.com/mKimFJp4eW
— Elmi (@ELMIELMO) January 7, 2020
Rata-rata netizen mengatakan bahawa hasil yang ditampilkan cukup sempurna dan netizen memuji beliau. Netizen juga berasa kagum dan mengatakan beliau berbakat besar kerana mampu menghasilkan solekan sedemikian.
Love ur makeup talent sis 💓
— Yhna ysf (@IYuyuhxnx) February 9, 2020
Nice Ryuk cosplay Drama Band
Very perfect #AJL34
So amazing pic.twitter.com/9MRrCDQ0sS— リナニア (Lina Nia)🌸 (@nia_aston) February 9, 2020
Hi everyone, vocalist drama band was makeup by my friend, it's SFX makeup, RYUK, Death note theme, that was request by the vocalist himself, if you're scared kudos to my friend 😂❤️ #AJL34 https://t.co/Od7ZoFzTg0
— ZI.jpg (@Zarra_ZI) February 9, 2020
Adakah anda rasa seram melihat solekan Aepul Drama Band semalam dan menurut anda solekan tersebut sama atau tidak dengan Ryuk dalam Death Note?
Baca artikel berkaitan Anugerah Juara Lagu 34 di The Vocket pada pautan di bawah.
Persembahan ‘Live’ Aina Abdul Cetus Kontroversi, Ini Penjelasan Beliau